Jumaat, 17 Disember 2010

Pengularan Berleluasa

Sejak beberapa hari lalu, keje malam membuat gua rasa selalu nak mengular. Apa tidaknya, orang lain malam tido, kita kena keje pulak. Haish.

Maka di sini disertakan beberapa tips mengular. Langkah2 seperti berikut:

1. Ko pegi usya tengok bos ko ada ke xde atau tengah tido.
Kalo macam gua bos pun masuk keje lewat, pastu kul 3 4 pagi da bantai tido, maka tidak menjadi masalah andai gua ambil keputusan untuk tido di surau, shuttle bus atau sekadar di kabin budak pembantu dermaga.

2. Sila pastikan kerja2 sume da siap
Langkah ini amat penting sekiranya tiba2 bos panggil tanya pasal keje. Kalo da siap boleh je korang cakap gebang2 sikit depan bos. Ini tidak, dah la keje tak siap, mengular, tido plak tu, gaji masuk lambat bising.

3. Cari teman yang boleh dipercayai
Mengular pun kena bagitau kat sape in case bos cari ke, ad accident ke. Dalam proses ini amatlah ditekankan rakan yang anda percayai amat penting. Ini kerana bila bos tanya "Gedo mana" maka boleh dia menjawab, "Owh, dia turun ke wharf tadi, tengok kapal"

Sila abaikan langkah2 di atas jika anda seorang pekerja yang tekun.

Sekian.


Disediakan oleh:

Pekerja Cemerlang

1 ulasan:

Ms. Candy berkata...

Haha...
Dari zaman skolah sampai la ke zaman pkerjaan, x habis2 nak tdo...
Hehehe...~
Btw, slamat bkerja dengan rajin...\(^_^)/