Khamis, 7 Oktober 2010

Entri 103

Entri ke 103 sepanjang penubuhan blog ini. Mungkin sedikit serius, lebih personal dan membosankan.

Entri pertama pada 19/06/2008, dua tahun lapuk. Bermula hanya sebagai mengisi masa lapang, lalu ketagih untuk menulis. Meski kebanyakan hasil hanya bullshit semata2.

Dua tahun berlalu, banyak benda yang berubah dalam hidup aku. Pada masa aku menulis entri pertama aku masih lagi seorang pelajar yang mencari arah hidup. Yang mengkhayalkan sesuatu yang tidak nyata.

Dan sekarang walaupun tidak banyak, namun cukuplah sedikit arah untuk dijadikan pedoman dalam meneruskan kehidupan. Yang pasti ada beberapa perkara mendorong aku terus hidup, keluarga, rakan2 dan juga dia.

Dan mungkin entri ini akan hanya berkisar tentang dia. Walaupun aku tidak pernah menulis tentang kisah percintaan aku dalam blog ini (seingat aku), tapi aku mau menulis pasal dia.

Apa kelebihan yang ada pada perempuan berkulit tidak lah sawo matang sangat, cuma dah nampak macam langit tatkala malam. Gelap tapi masih tetap indah dipandang. Wakaka, belum apa2 dah kutuk. Bangsat punya lelaki.

Kalau cik kiah kat luar nak cari lelaki untuk teman hidup dan memerlukan pandangan saya. Satu je nasihat saya, jangan cari lelaki bangang macam penulis entri ni. Jika tidak, maka menyesal lah anda.

Ada pun kalau tarikh pernikahan anda jatuh pada hari esok, sila batalkan terus jika lelaki itu berpewatakan macam beliau. Dan anda akan berterima kasih pada saya suatu hari nanti.


Wei, seriously ni. Jangan kawen. Ko ingat aku main2 ke. Huh

Tiada ulasan: