Jumaat, 27 Ogos 2010

Cerita Semalam

Semalam aku buka puasa kat KFC Raub. dalam perjalanan balik kelantan. bak kata member aku,

"duk kl xpenah2 nak berbuka KFC, sampai Raub masuk KFC, ap jadah?"

aku pun xtau apa kaitan berbuka kat KFC dengan tinggal di kl. tapi tengah aku berbaris panjang, maka di depan aku seorang budak lelaki ngan mama dia. aku terdengan perbualan mereka berbunyi seperti berikut

gadis KFC: makan sini ke bawak balik?
mak: take away (english siot)
gadis KFC: nak order apa kak?
mak: ermm....... adik nak ap td? hot n spicy srim ek?
anak: haah
mak: give me 1 set hot n spicy srim.
gadis kfc: (sambil tersenyum tahan gelak) ok, tu je?
mak: yes.

sedang si gadis KFC tu menyiapkan order perbualan terus berlansung antara budak lelaki dan mama dia.

anak: mak, kalo makan udang tu nanti kereta kita terbelah dua.
mak: haish ko ni, itu iklan la. dah la cakap kuat2. malu kat semua orang.

dan aku masih menahan gelak ngan member aku kat belakang.

2 ulasan:

MRS Clement berkata...

hahahahha lucu...

Ms. Candy berkata...

haha...~
comey je budak tu...