Hari ni hari jumaat, 12 Mac 2010 bersamaan 26 Rabiul Awal 1431. Nanti pagi aku akan bergerak pulang menuju rumahku syurgaku. Dalam tempoh dua bulan aku dah balik 2 kali termasuk yang ni. Kurang la sikit rasa derhaka kat mak.
Kalo sebut pasal mak ni (bukan niat mengutuk mak sendiri), aku rasa mak aku mempunyai cara paling horror kejutkan anak2 solat subuh. Gila kau xhorror, di bawah dilampir step untuk mengejut anak2 subuh.
1. Dimulakan dengan suara yang lembut serta penuh kasih sayang
"Pik, bangun pik, subuh"
oooo, kejut lembu xbangun ye.
2. Nada yang lebih tinggi.
"Bangun la, subuh lewat dah ni, da dkat kul 7, subuh da nak abis"
kau buat2 tdo ye
3. Hamburkan segala kelakuan yang membawa kepada susah bangun subuh
"Tu la, malam balik lewat, tido lewat, ntah wat apa kat luar tu, pastu nak bangun subuh liat"
Note: Nada suara masa ni da bole membuatkan burung2 berterbangan lari.
taknak bangun lagi?
4. Keluarkan statement pasal dosa pahala, neraka syurga
"Bangun la smyg subuh, pukul 7 da ni, ikut la nak bangun ke x, nak masuk neraka xyah bangun, susah sangat nak bangun subuh, duk rumah susah duk U xtau la smyg ke x. Nak jadi kapir agaknya"-Dengan nada kalo hantu dengar pun hantu leh masuk islam
Si anak terus bangun smyg dengan sedikit perasaan tidak ikhlas.
Tapi seriesly aku tak paham, mak aku akan pilih aku sebagai pit stop pertama untuk kejut subuh. Suprisely aku memang senang nk bangun kalo dia kejut. Kalo kat UTP, kau kejut aku kaki aku tiba2 da ada dalam mulut kau. Memang dewa tido kot aku. Tak caya tanya Mok KencingKucing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan