Rabu, 10 Mac 2010

Deodorant Perisa Strawberi

Pejam celik pejam celik dah nak dekat midsem dah untuk final year third sem aku. Jangan difikirkan kenapa final year aku sampai 3 sem. Sebab ia lansung tidak bersangkut paut dengan karangan ni sama ada belah mak ke bapak ke adik ipar ke tok sepupu ke.


Aku tersedar aku takut untuk grad, kerana ap? Kerana pasni da kena bergantung kat diri sendiri. Persoalannya mampukah aku. Bila da grad, nak kena cari kerja, nak kena tangung sendiri bil itu bil ini, nak kena macam2 lagi.


Bayangkan buat masa sekarang nak beli deodorant pun masih mengharapkan ehsan duit skolar. Kalo yang xde skolar terpaksa paw duit mak bapak. Mak bapak pulak jenis baik hati, call ckp "Mak, ketiak dah bau busuk ni, duit xde nak beli dedorant". Tak sampai sehari, baki akaun CIMB berubah dari angka RM 10.15 menjadi RM 1,000,000.00. Bukan nak bongkak tapi mak aku memang akan masukkan sejuta terus, tak main la ratus2 ni. Untuk ap? hanya untuk beli deodorant untuk mewangikan ketiak busuk anak.



Anak pulak bukan reti bersyukur, duk main2 masa belajar. Nak balik kampung cuti pertengahan sem pun liat, nak dengar suara kat corong telefon seminggu sekali lagi la, HARAM. Tak kenang jasa punya anak. Ada yang sampai raya pun tak balik, ini memang dasar pengikut si tanggang. Sekali kena sumpah terus jadi batu, kalo jadi emas takpe gak boleh buat melabur. Jadi batu, bagi kat monyet pun monyet baling balik.



Tapi bila difikirkan balik betul kata pepatah orang lama2, "Kera di hutan disusukan, apa salah kalau susukan anak di rumah sekali". Mak bapak mana yang tak sayang anak. Penguin pun reti sayang anak. Susah tu nk proses anak, berpeluh2 sampai tak tido malam. Kalo yang extreme lagi siap pergi berubat nak dapatkan anak. Takkan la dah dapat nak biarkan macam tu je. Mesti la kena ditatang bagai menatang minyak yang penuh. Dah tatang elok2 anak2 pulak jadi binatang. Kesian mak bapak.


Kepada mak, ayah dan abah saya, mungkin saya bukan anak yang sempurna namun saya berjanji akan berusaha menjadi anak yang terbaik untuk anda semua.




p/s: kepada semua anak2 bersempena cuti pertengahan sem yang akan menjelang tak lama lagi, bawak2 la balik jenguk mak ayah kat rumah. Mungkin mereka merindui anda walaupun tidak menzahir kata2 rindu itu. Jangan disebabkan keseronokan, sibuk nak kejar CGPA tinggi, ad event kita mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Peace~~






1 ulasan:

ct haja berkata...

balik la rumah!