Jumaat, 5 Mac 2010

Antara Maruah & Air Mata

Malas tulis panjang2.

Here's the thing, situasinya anda tertido di kelas sambil mengeluarkan air liur yang kurang fresh yakni sudah sedikit basi dan anda tersedar dikala air liur itu hampir menuju ke bawah dek tarikan graviti bumi yang bersamaan 9.81m/s2.

Adakah anda akan:



A. mengesat beliau dengan lengan baju anda.
B. menghirup beliau dengan laju.
C. menutup muka menggunakan tangan sambil mengesat beliau.
D. membiarkan sahaja beliau jatuh dan terus bangun tanpa ada rasa bersalah ke atas beliau.



p/s: anda jawapan anda tersenarai dalam pilihan jawapan, anda mungkin tidak bermoral.

1 ulasan:

ct haja berkata...

saye pilih c! hahaha