Rabu, 19 November 2008

1+1=2, Tanpa Penipuan??

 

Sebelum aku menulis di laman blog ni, aku pernah menulis kat blog friendster. Aku agak aktif menulis kat blog tu. Tapi setelah aku kurang aktif menggunakan friendster aku tidak lagi menulis. Sampai satu hari aku rasa terdapat satu ruang yang sedang memanggil-manggil aku untuk membuang isi otak aku ke dalam bentuk tulisan.

 

Dulu kat blog friendster aku banyak menulis tentang hidup aku. Aku semadikan puisi2 poyo yang pernah aku ciptakan. Aku buat sendiri k, bukan tiru mana-mana pihak. Dan sebelum aku menulis kat blog friendster, aku pernah menulis untuk simpanan peribadi.

 

Apa yang best tentang menulis? Adakah menulis untuk kemasyhuran? atau untuk mengaut keuntungan? atau sekadar mengikut trend? Bagi aku menulis beri aku satu kepuasan di mana benda-benda yang bermain dalam otak aku boleh aku keluarkan dalam bentuk tulisan tanpa menyimpan beliau-beliau dengan lama.

 

Aku anggap sesuatu tulisan ibarat segumpal air mani. betul ke penjodoh bilangan aku guna ni.Tiba-tiba Shahril menyatakan kehairanan beliau dengan muka yang agak comel, secomel di kala beliau bersama Paeh. Kehairanan beliau tentang perkataan 'penjodoh' itu digunakan bersama bilangan. Apa signifikan perkataan penjodoh itu digunakan. dan bagi aku penjodoh di situ membawa maksud penyesuaian. So jadilah maksudnya penyesuaian bilangan untuk sesuatu benda. Ahhh persetan dengan penjodoh bilangan. Mengapa tulisan aku anggap seperti segumpal air mani. Kalo kita lihat air mani, apa yang kita nampak hanya air yang pekat berwarna keputihan. Dan disebalik itu terdapat jutaan sperma sedang ligat berenang kegembiraan. Begitu juga tulisan, satu ayat boleh memberi sejuta makna. Dan makna itu berbeza untuk setiap individu.

Contoh:

Lelaki kepada seorang perempuan : 'Tetek awak bulat la, comel.'

pelbagai benda boleh ditafsir dari ayat itu

Hipotesis 1: Si perempuan mempunyai tetek yang bulat. (ini sudah pasti berdasarkan ayat)

Hipotesis 2: Lelaki itu gila seks.                                                  

Hipotesis 3: Lelaki itu suka terhadap wanita bertetek bulat.

Hipotesis 4: Si perempuan mungkin memakai push up bra.

Hipotesis 5: Mereka adalah kawan dan mungkin si lelaki sekadar bergurau.

dan banyak lagi yang boleh ditafsirkan.

 

Sekarang aku menulis di blog ini. dan mungkin blog ini akan kekal atau mungkin akan diganti dengan satu medium untuk aku memancutkan akal fikiran aku. Aku mengelaskan blog-blog yang ada kepada beberapa pengkelasan, mereka adalah:

 

1. Blog kehidupan

Blog jenis ini biasanye mengandungi cerita kehidupan harian penulis. Namun tidak semua cerita yang ditulis boleh dipercayai. Kadang-kadang terdapat fiksyen rekaan penulis.

2. Blog pengetahuan

Penulis berkongsi pengetahuan beliau bersama pembaca. Penulis biasanya seorang yang banyak mengkaji sebelum menulis sesuatu. Antara sumber-sumber yang membantu beliau adalah wikipedia dan google. Namun kadang-kadang terdapat ralat pada fakta yang ditulis setelah di tambah pendapat sendiri.

3. Blog politik

Sudah jelas lagi bersuluh blog seperti ini menceritakan perihal arena politik negara. Terdapat blog2 pro pembangkang dan tak kurang juga pro kerajaan namun jarang kita dapat membaca penulis blog politik yang neutral dan tidak judgemental.  Kebelakangan ini terdapat juga ahli-ahli politik sendiri mewujudkan laman blog sendiri, contohnya D.S. Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. KJ pun ada blog.

4. Blog perniagaan

Bila menyebut perniagaan tentu sekali sesuatu yang mendatangkan wang. Terdapat pelbagai blog yang menjual pelbagai barangan. Tuan punya blog selalunya membuat perniagaan secara pos. Sebagai contoh rakan sepejabat aku sekarang juga ada  mempunyai satu blog seperti ini. (Kepada anda yang ingin memiliki perfume dengan harga yang lebih murah tetapi ori sila ke Blog Liza Shireen). 

5. Blog versatile

Bila disebut versatile maknanya semua blog tersebut mempunyai kandungan yang bercampur-campur. Dan kebanyakan blog jatuh ke dalam kumpulan ini.

*Terdapat pelbagai lagi jenis blog, dan aku dah malas nak tulis banyak. HUH.

 

Namun hari ini aku terbaca sesuatu di laman blog Cik Piah. Sesuatu yang memalukan apabila terdapat blogger yang menyalin dari sebuah blog yang sudah di tutup semata-mata ingin mengejar populariti. Ia adalah satu kemaluan yang besar bila seorang penulis menyalin seratus peratus idea orang lain. Jika sekadar membaca untuk mencetuskan idea itu adalah satu perkara yang lain. Perkara ini memang tidak boled diterima. Ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila ke Cik Piah. Aku cuma terbaca dari situ.

 

Aku sedang mengantuk dan melihat mok kat tepi tengah tidur nyenyak walaupun waktu pejabat membuatkan aku rasa ingin tidur. Chow, aku tidur dulu.

 

Notakaki: Siapa kata 1+1 semua jadi 2. Ada 1+1 jadi 2, ada juga jadi tiga. Kalau anda tau benda apakah itu ternyata anda perlu scan otak anda untuk memastikan warna otak anda. Atau anda hanya seorang yang mempunyai jiwa nakal. :P