Aku sungguh kecewa, di kala perut aku menangisi saat-sat perpisahan beliau dengan tahi-tahi yang akan meninggalkan tubuhku, tengok2 masuk jamban, seat jamban duduk tu kotor dengan air kencing.
Tiba-tiba je hilang selera aku nk berak.
Aku pelik, hairan, akal aku xleh nak terima. Ada lagi orang yang tak pandai guna tandas duduk. Sekampung mana pun kau, kau tu manusia. dan manusia mengikut kajian boleh mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling. Kalo kat rumah kau berak kencing kat dalam tandas cangkung pun, bila jumpa tandas duduk para saintis berharap kau boleh adaptasi diri dengan tandas duduk tu.
Aku bukan nak cakap aku ni orang bandar. aku jugak orang kampung. Ingat lagi dulu-dulu bila nak buang air kena keluar rumah, bawak lampu suluh, tandas kat luar berlubang-lubang lak tu dinding. Tu masa zaman dah maju sedikit, kalo dahulu kala, aku pernah buang air ngan gali lubang.
Poin aku kat sini sekampung-kampung aku pun bila jumpa tandas duduk aku reti guna dengan cara yang betul. Nak kata takde otak, manusia. Takkan la lembu masuk guna tandas kan.
Untuk mamalia-mamalia berakal di luar sana yang tak reti guna tandas dengan betul, ini ada sedikit panduan:
1. Dont blush, think nice, just flush. (Tolong flush selepas anda menggunakan tandas.
2. Aim your target, dont miss. (Halakan muncung kemaluan anda ke tempat yang betul. Jangan tersasar. Ini untuk manusia yang kencing berdiri).
3. Kalau dah tahu anda kencing berdiri, tolong la lift up seat tandas tu. Cuba pikirkan anda termiss air kencing kena seat tu, pasni ramai lagi orang nk duduk atas seat tersebut.
4. Untuk tandas duduk, tolong jangan mencangkung di atas seat tandas tu. Dah nama tandas duduk maka ia dicipta supaya manusia boleh meletakkan punggung mereka diatas seat tersebut. Kalo nk mengcangkung tolong ke tandas berikutnya yang memepunyai sifat fizikal untuk dicangkung.
5. Jika sekirangnya anda tidak berjaya mengikuti panduan no 2, sila basuh tempat yang terkena air kencing anda dengan memancurkan air ke tempat tersebut.
6. Akhir sekali, sama-sama lah kita menjaga kebersihan tandas demi kepuasan bersama.
NotaKaki: Zaman dah berubah, dunia dah maju, mentaliti masih di takuk lama.
2 ulasan:
kelaka sungguh entry kali ni. walaupun si penulis kelihatan sedikit emo di situ :D
kdg2 peringatan itu penting juga. haha
@A.i.m.i
bukan emo, tp bengang sbb xleh nk berak haha
Catat Ulasan