Khamis, 9 Oktober 2008

Aku pernah mempunyai seorang kawan seperti dia

Nama dia Mohd Adi Safwan Bin Ariffin. Aku kenal dia ni masa aku masuk form 1 SMSTMFP. Disebabkan aku satu batch ngan dia, sama2 tinggal kat daerah pasir puteh membuatkan aku rapat dengan dia. Oleh disebabkan dia ni diklasifikasikan sebagai nakal, sama jugak aku maka kitorang boleh dikatakan sentiasa membuat hal sama2. Mamat ni tersangat lah happy go lucky. Sejak aku kenal dia dari form 1 sampai umur aku ni da cecah 21 aku jarang tengok dia marah. Orangnya memang amat mementingkan rakan2.

Masa form 4 aku kena buang sekolah, dia pun turut serta sekali. Kitorang pindah ke sekolah yang sama. Dari situ dia mula mengenali kawan-kawan yang lebih 'nakal'. Aku mula kurang rapat dengan dia. Walaupun satu sekolah aku kurang mendengar berita dari dia. Namun kami tetap kawan, dia ajak aku tido kat rumah dia. Pernah masa aku balik dari asrama, dia sanggup hantar aku balik rumah walaupun rumah aku memang jauh dari rumah dia. Di sekolah tu aku melihat hidup dia hampir musnah. Bermula dengan seorang pelajar yang agak cemerlang dari segi pelajaran, dia mula jatuh. Dia mula mengenali 'rakan-rakan' lain yang melalaikan. Mula menghabiskan wang ringgit untuk 'rakan-rakan' yang membuat dia hanyut. Hinggalah satu peristiwa, dia dimasukkan ke hospital kerana kerosakan hati. Namun dia masih berjaya diselamatkan. Satu berita baik selepas tu, aku dengar dia mula meninggalkan 'rakan-rakan' dia dulu.

Habis sekolah, aku terus masuk UTP dan dia masih lagi kat rumah bersama kawan-kawan.Setelah beberapa bulan aku sambung belajar kat UTP, aku dimaklumkan dia meneruskan hidup di KPTM jurusan perakaunan. Sepanjang 3 tahun setengah dia di KPTM aku slalu menumpang tido kat rumah dia. Dia lansung tak pernah merungut aku menyusahkan dia malahan di marahnya aku bila aku tak datang walaupun aku ad kat kL. Hubungan kami makin rapat.

Aku pun tak tahu kenapa tetapi aku selalu menjadi tempat dia meluahkan sesuatu sedangkan dia mempunyai ramai lagi kawan lain. Dan dia sanggup untuk fetch aku kat pudu bila aku turun kL walaupun masa dah pukul 3-5pagi. Hubungan kami ibarat adik-beradik, balik Kelantan tak lengkap tanpa ke rumah dia lepak-lepak sekali. Dan aku lebih mengetahui banyak benda tentang dia berbanding orang lain even family dia sendiri. Aku juga selalu menjadikan dia tempat aku berbicara benda yang memang tak boleh sama sekali dibicarakan dengan manusia talam dua jubo.
Aku mula mengajar dia tentang DOTA. Dan sesungguhnya dadah alam maya ini amat merosakkan hidup dia. Aku jugak menyesal tapi benda da nak jadi. Lepas kenal DOTA dia selalu ponteng kelas, masa-masa dihabiskan untuk dota. Akibatnya dia extend 1sem.

Sem ni sem terakhir dia. Aku ingat lagi cita-cita besar dia, nak jadi gabenor bank katanya. Dan aku selalu mentertawakan dia. Disebabkan aku intern kat kL, aku selalu ke rumah dia. Tido ngan dia, makan ngan dia, puasa, berbuka, sahur, dota semuanya dilakukan bersama-sama beberapa ketika. Dan itu period paling lama aku habiskan bersama dia sepanjang perkenalan kami.

Masih aku ingat, pagi tu 26 September 2008 bersamaan 26 Ramadhan 1429, seperti biasa aku, dia, Anje dan Joe berdota. Namun hari tu dia main palat dan kitorang semua marah. Sampai ada yang cakap, “Sumpah aku takkan main ngan ko lagi”. Aku dengan agak kasar berkata “Retire la main dota kalo nak main macam tu”. Petang 26 tu abang dia dari PD datang fetch dia nak balik Kelantan, balik raya.

Hari tu 27 September 2008 @ 27 Ramadhan 1429, aku terima panggilan dari Nita.
Nita : Gedo, Adi xdop doh.
Aku :(senyap sebentar). Mung tau mano?
Nita : Sepupu dio call aku, dio eksiden kat Raub.
Aku : Meta, aku nk call org.

Dan aku terus call ayah dia.
Aku : Pakcik, dowe ad?
Ayah dia : Dowe xdop doh tu, meninggal.
Aku : (terduduk). Bila mayat balik?
Ayah dia : Baru nak tolok gi raub ni.

Aku terkesima. Perasaan masa tu hanya tuhan yang tau. Memang game dota semalam yang terakhir. I lost my bestest friend. Aku masih taknak percaya namum aku tau semua telah berlaku. Aku berharap semua itu kesilapan. Malam tu aku balik Kelantan, ikut bapa saudara aku. Kawan aku pergi Raub tengok. Dan kawan aku mengesahkan yang memang dia yang meninggal. Aku, masih belum mahu percaya.
Tengah hari 28hb aku pergi ke rumah dia. Jenazah belum sampai. Aku masih lagi berharap itu semua hanya mimpi. 4 petang jenazah sampai. Atas arahan ayah dia, kapan itu tak dibenarkan dibuka. Aku tak sempat melihat muka dia. Aku sembahyangkan jenazah dia. Iringi ke kubur, masih lagi tak percaya sebab aku tak dapat lagi melihat muka dia. Sampai kubur, aku menurunkan jenazah ke kubur. Kali ini walaupun aku tidak melihat wajah dia, aku sedar aku kehilangan dia. Aku menangis, teresak-esak. Kaum kerabat dia pelik melihat aku menangis. Aku menjauhi kubur, tak baik nangis atas kubur. Kawan-kawan cuba mententeramkan aku. Sepanjang perjalanan balik, aku menangis. Namun aku sedar, menangis air mata darah sekalipun dia takkan kembali. Seorang sahabat yang sememangnya sahabat bagi aku. Aku tidak sempat mezahirkan rasa kasih aku, rasa sayang aku kepada dia. Anda pula bagaimana, sudahkah anda menghargai sahabat-sahahat anda. Melahirkan rasa kasih sayang itu?

Dia dalam cerita di atas adalah Mohd Adi Safwan bin Ariffin. Seorang sahabat kepada penulis. Al-Fatihah kepada arwah.

5 ulasan:

Eeyore. berkata...

.......
kawan sejati.
cerita kau mmbuatkan aku teringat kt kawan aku. meninggal sbb saket. tsk3. al fatihah utk arwah. Allah lg sygkn diorg.

Sakilah berkata...

sungguh sakit bila kehilangn org yg di sasayangi.Byk kn bersabar.. Al- Fatihah..

Tanpa Nama berkata...

buat aku teringat pada arwah kawan aku yang meninggal kerana sakit. sedihnya. aku tak sempat pun jumpa arwah......
al-fatihah...

KoNda-KonDi berkata...

gedo..ako pon sedey..namo ako 'konda' dio hok wi..sama2 doa bia roh dio tenteram..Al-Fatihah..

julu berkata...

Gedo..
al-fatihah utk arwah..
sedih gler weh..
walaupun aku x rapat dgn dio..
Arwah la penyeri idup sek2 kito..
Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman..aminn..