Khamis, 25 September 2008

Ramadhan

Hari ni 25 September 2008, bersamaan 25 Ramadhan 1429 Hijrah. Sedar atau tidak kita semakin menghampiri pengujung Ramadhan kali ini. Tinggal 5hari lagi sebelum Ramadhan pergi dan Syawal menemui kita, aku masih leka dibuai perkara-perkara duniawi. Pemergian ramadhan kali ini mungkin tidak akan dating lagi, siapa tahu.

Walaupun aku boleh dikategorikan sebagai manusia yang masih cukup puasanya, namun puasa itu seakan kosong tanpa diisi dengan ibadah-ibadah lain seperti Tarawikh, Tadarus mahupun aktiviti-aktiviti sunat lain. Aku tidak tipu bila aku cakap aku tak pernah tarawikh tahun ni. Aku tak tahu kenapa namun malas itu seakan-akan mengcengkam jiwa aku.

Aku kesal melihat manusia-manusia yang bergelar Islam namun tidak melaksanakan tanggungjawabnya. Begitu juga aku, tetapi apa yang lebih dikesali manusia-manusia yang meninggalkan puasa tanpa sebarang keuzuran. Tidak perlu pergi jauh, hari-hari aku berkomunikasi dengan manusia-manusia seperti ini. Maafkan aku rakan-rakan, aku tidak kuat untuk menghalang anda semua dari tidak berpuasa, aku hanya insan yang lemah yang penuh dengan cacat cela. Sekurang-kurangnya aku masih lagi berpuasa.

Aku berasa teramat sedih bila aku dan rakan-rakan itu tidak boleh menyebut dengan lengkap nama-nama 10 malaikat yang wajib diketahui. Di saat itu aku rasa teramat bodoh dan jahil. Dan skali lagi rakan-rakan itu meninggalkan puasa setelah sekejap berasa hinanya diri.
Aku berharap aku akan dipanjangkan umur untuk bertemu ramadhan untuk kesekian kali tahun depan, amin.

Begitulah 25 hari Ramadhan aku berlalu, anda pula bagaimana?

P/s: 10 malaikat wajib diketahui
1.Jibril
2.Mikail
3.Izrail
4.Isrofil
5.Mungkar
6.Nakir
7.Rakib
8.Atib
9.Malik
10.Riduan

Tiada ulasan: