Selasa, 16 September 2008

Perihal Aku & Dia

Aku melihat Miss Z, Miss Z merenung aku. Teringat aku di saat aku dan Miss Z berasmaradana di tepi pantai Phuket. Masih aku terbayang keindahan hari tersebut. Miss Z sangat manja dengan aku. Ada yang dengki dengan hubungan kami, almaklum lah aku ni bukanlah lelaki yang berada dalam kategori kacak mahupun bergaya. Sedangkan Miss Z diminati ramai, kehadirannya di khalayak ramai pasti akan diperhatikan. Ada yang cuba memisahkan kami tetapi hubungan kami memang kuat terikat.

Aku masih teringat, aku pernah cuba meninggalkan Miss Z satu masa dahulu namun tidak bertahan lama, hanya untuk beberapa bulan. Dia kembali menggoda aku untuk bersamanya lagi. Ternyata aku seorang insan yang lemah, yang tunduk kepada godaan. Lalu aku terus bersama Miss Z.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu bulan berganti bulan, aku terus hanyut dalam pelukan Miss Z. Aku pun tidak tahu kenapa, namun godaan Miss Z terlalu kuat untuk aku lawan. Sepanjang bersama Miss Z, aku banyak berperang dengan perasaan sendiri untuk meninggalkan beliau. Namun aku selalu gagal. Aku memang lemah.

Sempena bulan Ramadhan tahun ni, aku telah bertekad nak tinggalkan Miss Z. Sekarang dah separuh Ramadhan aku tempuhi namun Miss Z masih bersama aku. Aku perlu lakukan sesuatu ni. Gambatte!!!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

uh???
tertanye2....