Sebenarnya entri tidak ada sebarang kaitan dengan tajuk di atas, atau mungkin sekadar menyentuh secara sipi-sipi tajuk tersebut.
Apakah logik bagi seorang manusia normal untuk mengalami penurunan berat badan secara mendadak dalam masa dua hari?
Jawapannya tidak. Semua benda yang ingin kita capai tak mungkin bley dicapai dalam masa yang singkat. Kita boleh mengambil contoh yang lain, dalam mengejar kekayaan ramai yang ingin mengambil jalan yang mudah dengan menyertai skim-skim cepat kaya, judi dan sebagainya. MEMANG BENAR ada yang berjaya menjadi kaya dengan proses ini namun jumlahnya tidak ramai. Lebih ramai yang merana berbanding yang menjadi kaya.
Dinihari tadi di waktu aku tengah menunggu juadah sahur yang aku order, aku nampak sekumpulan pemuda berbaju segak tengah membincangkan sesuatu sambil seorg dari mereka menjadi ketua. Secara tidak lansung aku terpikir, “ni mesti MLM…..”. Aku cuba mencuri dengar butir-butir perbualan mereka (p/s: mencuri dengar perbualan orang lain amat tidak sopan. Jangan amalkan) lalu aku terdengar speech dari si ketua.
Si ketua : This business is like a war. And mencari orang is like a battle. Philosopher barat ada mengatakan losing a battle doesn’t mean we lose the war. So keep doing your work, win the battle and win the war.
Perghhh…… wa cakap lu die punya speech. Siap speaking lagi tu.
Huh, apa pulak kaitan ingin kurus dalam masa dua hari dengan business?
Tidak ada sebarang kaitan pun, cuma di sini aku cuba membuat satu analogi di mana kita tidak boleh mencapai satu benda dalam masa yang singkat. Always remember, “Rome is not built in one day”.
Tapi kan, aku xpaham lagi kenapa kau nak meletak tajuk “Ingin Kurus dalam masa dua hari???? PIL KURUS YANG BERKESAN” sebagai tajuk entri ni…….
Hahahaha…… yang sebenarnya aku tengah sedih tengok keadaan aku sejak aku intern ni. Korang bayangkan aku naik 8kilo 3bulan. YES, 8KILOGRAMdalam masa hanya 3bulan. So aku letak la tajuk tu sebagai tajuk entri ni. Aku memang jenis malas bersenam sejak aku melangkah alam uni, apatah lagi berdiet, xpenah diamalkan diet yang seimbang. Namun aku bukan jenis yang mengambil jalan singkat seperti ramai manusia di luar sana yang mengambil pil kurus sebagai diet harian sehingga memudaratkan kesihatan diri sendiri.
4 ulasan:
quote:-
"Si ketua : This business is like a war. And mencari orang is like a battle. Philosopher barat ada mengatakan losing a battle doesn’t mean we lose the war. So keep doing your work, win the battle and win the war"
lose battle xkre kalah..win battle bleh lak kre mnang..abih tu bile dorg ni nk kalah?..mmg power la dorg ni..haha~
p/s:ilek2 sdah..ore len pn naek gOp jisim tubuh ni..jnji ore luar tu saye ag owk..koho besa ar mum psni..haha~
@i'm yorke
hahaha, mslhnye aku ni gemuk sngt.... cmne ni yorke.. jom berusaha kuruskan badan
usehe tangge kejayaan... tp jgn x mkn lgsg yek... jom2... nek CUS... kurang2 leh turun sekilo 2... huhuh
x pe... shaye x keshah pon awk tu cmne.. shaye shayang gak kat awak...
xoxo
@shayang kamu
shaye pn shayang awak.....
Catat Ulasan