Isnin, 4 Julai 2011

Cebisan Untuk Yang Di ATAS

Wahai Kerajaan,
Saya hanya meminta kehidupan yang lebih selesa,
bukan kehidupan yang serba "mampu" yang anda laungkan,
bukan rumah mampu milik berharga ratusan ringgir,
namun hanya seperti kandang sekangkang kera.


Wahai kerajaan,
Saya hanya meminta kehidupan yang lebih selesa,
bukan kehidupan membanting tulang membayar segala hutang,
bukan kereta nasional yang harga sedia "murah",
sekadar selari periuk dan keraknya.


Wahai kerajaan,
Saya hanya meminta kehidupan yang lebih selesa,
bukan kedai harga murah 1Malaysia,
bukan minyak import kotor yang harganya lebih "murah" berbanding indonesia,
hanya pendapatan yang sejajar kenaikan harga.


Wahai kerajaan,
Saya melayu tidak meminta untuk dipertuankan melayu itu,
saya malu berhadapan bangsa2 meludah ke muka melayu,
kata mereka melayu tidak ke mana tanpa ketuanan melayu,
hingga saya letih menjadi melayu.


Wahai kerajaan,
Saya inginkan anak2 malaysia lebih berjaya,
usah di ajar mereka gunakan bahasa penjajah,
mereka lebih memahami bahasa kita,
kelak mereka lebih berjaya.

Tiada ulasan: