Isnin, 4 April 2011

Trend

Entri ni gua nak kupas pasal trend yang gua maksudkan pada enti sebelum ni. First skali mari kita sama2 melihat, apa yang diperlukan untuk satu2 perkahwinan.

Rukun nikah:
  • Ada calon suami yang sudah tertentu.
  • Ada calon isteri yang sudah tertentu.
  • Mesti ada wali
  • Ada dua saksi.
  • Ijab dan kabul.

Syarat Suami:
  • Islam.
  • Suami mesti orang yang halal nikah dengan perempuan yang akan dinikahinya.
  • Calon suami mesti nyata seorang laki-laki.
  • Suami mengetahui dan mengenal nama perempuan calon isterinya dan mengenal nama ayahnya.
  • Suami bukan di dalam ihram.
  • Sama ada ihram haji atau ihram umrah.
  • Calon suami tidak mempunyai isteri lebih tiga orang ketika menerima kabul.

Syarat Isteri:
  • Islam.
  • Calon isteri mestilah perempuan yang halal nikah dengan calon suami.
  • Perempuan calon isteri bukan dalam waktu ihram. Sama ada ihram haji atau umrah.
  • Calon isteri nyata tidak punya suami (bukan isteri orang).
  • Calon isteri sudah tentu orangnya.
  • Calon isteri nyata seorang wanita.

  • Ada syarat wali & syarat saksi serta mahar. Bila sebut pasal mahar, apa itu mahar. Mahar adalah harta yang diberikan suami kepada isteri semasa akad. Kadarnya mengikut kemampuan.

    Cuba korang tgk syarat di atas, ada dia sebut hantaran 10k, 15 k serba satu. Sudah tentu tidak. Gua suspek, orang kita ni terlalu ikut budaya/trend. Apa yang gua paham dari konsep hantaran ni, ia hanya merupakan hadiah dari pihak suami kepada isteri. Maka pejadahnya kita nak letakkan nilai hadiah tu sampai berpuluh ribu. Sedangkan itu hanyalah hadiah, sepatutnya ia adalah terletak kepada budi bicara si suami itu sendiri.

    Dan bercakap pasal mahar, telah ditetapkan mengikut kemampuan si suami. Kalo sampai nak buat loan, itu dah kira melebihi kemampuan yang ada.

    Kita berbalik kepada hantaran. Kenapa ia menjadi begitu tinggi dan apakah akibat disebalik kadar kenaikan itu.

    Sebab2 hantaran meninggi:

    "Anak saya belajara sampai degree, mesti la kena mahal"
    Pejadahnya kaitan degree dengan kahwin. Orang ada degree belum tentu penuh ilmu perkahwinan di dada. Satu lagi, dah ingat laki yang nak kawin tu tak study tinggi. Siapa pula yang nak bagi dia duit banyak2 sebab belajar tinggi. Ini adalah satu pemikiran yang amat konservatif dan kolot pada gua. Kalo nak dikira sebegitu rupa, lebih baik yang tak ada kelulusan lebih tinggi hantarannya. Lu jangan nak marah2 potong gua dulu, gua boleh explain. OK, perempuan tiada kelulusan, kerja apa sangat dia boleh buat, gaji ciput, maka logik la kalo si suami memberikan hantaran yang lebih banyak disebabkan si isteri sendiri tidak memiliki harta yang banyak. But after all, HANTARAN IALAH HADIAH!!


    "Saya bela anak saya dari kecik, mestilah mau mahal"
    Ini mentaliti yang memang tak boleh pakai. Makcik2 dan pakcik2, anak itu rezeki dari tuhan. Menjaga mereka adalah tanggungjawab. Bila sebut tanggungjawab ni, kita tak boleh minta balasan tau. Nanti rugi pahala kita. Dan bila makcik dan pakcik berkata begitu gua suspek makcik pakcik ni tak ikhlas ke jaga anak.


    "Alaa, biarlah mahal pun. At least kalau cerai nanti ada sumthing"
    Ini lagi wth. Belum apa2 lagi kau da mintak bukan2. Kawen tu semata2 nak cerai ke apa. Tak payah la nak tanamkan idea2 pelik macam tu. Undang2 islam itu adil. Kalau si isteri itu taat, walau kena cerai skali pun, si suami wajib membayar nafkah setiap bulan sampai la isteri tu kawen lain. Nampak ke tak nampak. Kalo ko kena cerai, ko dapat duit free sampai mati kalo ko tak kawen2.


    "Duit tu bole pakai buat kenduri, apa salahnya"
    Salah makcik, saya kata salah ye pakcik. Kenduri itu sekadar nak hebohkan perkahwinan anak pakcik makcik. Kalo dah rasa tak mampu, jangan nak buat kenduri besar gaban. Jangan nak susahkan bakal menantu tanggung semua tu. Buat kecil2, hidang kopi dengan bubur pun tak apa.


    Dan banyak lagi alasan. Namun gua yakin dengan berkata tak payah la nak mahal sangat, hadiah je kot. Jangan nak kebulur sangat sampai mintak bukan2. Gua dah malas nak menulis. Nanti gua sambung lagi.



    NotaKaki: Kasihanilah anak muda anda, jangan sampai mereka dihantui dosa maksiat dek sifat anda yang terlalu mengikut budaya.

    3 ulasan:

    nenet's berkata...

    wah wahh nak kawen dah ke bedo!

    CintaZulaikha berkata...

    mengikut apa yg dah dibaca dari yg sudah2, nampak sgt yang en bedol nih nak kawen sesangat, tp cuma tak tau nak bg tau kat pak mertua yg dy takleh nak bg antaran berjuta2K...hihi..

    nenet's berkata...

    bukan bedol kesian abe do. haha