Khamis, 17 Mac 2011

Realistik

Oh, lama tidak menulis. Mungkin busy dengan kehidupan sendiri. Di kesempatan yang ada ni gua nak update yang mana patut untuk tatapan semua. Macan ada orang baca pula blog gua ni, sedangkan anak pak hashim merangkap awek gua pun tak berapa nak ambik port menilai penulisan gua. Tapi apa gua kisah, asalkan gua dapat menulis.

So sekarang gua dah berada di opis baru yakni pandan indah. Setelah beberapa ketika di sini, gua rasa opis baru gua lebih convenience bila dilihat pada beberapa faktor. Jarak dari rumah gua, keadaan ofis, bos yang lebih sempoi. Yang lain sila tambah sendiri.




Cukup tentang hidup gua. Lately gua sering kali terfikir pasal hala tuju hidup gua lebih2 lagi kalau nak dikupas dari segi kerjaya. Kemana hala tuju kerjaya gua yang sebenarnya. Apakah ini yang gua cari setelah berhempas pulas menghabiskan masa pengajian selama 5tahun dan 6bulan. Maka terdetik lah satu persoalan dan gua berusaha mencari jawapan.



Jawapan yang gua temui, kita kadang2 takkan dapat apa yang kita nak. So kita terpaksa berevolusi untuk menyesuaikan diri dengan apa yang ada. Maksudnya, jika anda inginkan kerjaya sebagai penebar roti canai, dan mungkin tidak tercapai. Namun sebaliknya anda ditawarkan untuk menjadi tukang sapu. Jadi amatlah ditekankan bahawasanya kedua2 kerjaya amatlah berbeza maka perlulah kiranya anda belajar menyesuaikan diri dengan skop tugasan sebagai penyapu sampah. Suka ada tidak itu belakang cerita, yang penting untuk survive dalam dunia maju ini anda perlu bersedia untuk berubah.





Itu satu cerita, there's another version of story. Analoginya begini, anda dari cheras ingin ke gombak. Normalnya jalan paling singkat ke gombak dari cheras dengan melalui Jalan Lingkaran Tengah Kedua (MRRII). Namun ad sebuah lori terbalik menghalang lalulintas, maka jalan yang sudah senantiasa sesak menjadi semakin sesak dan lansung tidak bergerak. Maka untuk sampai ke destinasi yakni gombak, baiklah untuk melakukan detour. Walaupun agak berliku yang paling penting adalah destinasi yang dituju. Maka jika diaplikasikan kedalam kerjaya, walaupun sebagai contoh anda ingin bekerja dalam bidang pembuatan roti canai, tidak semestinya anda terus terjun kedalam bidang tersebut. Anda mungkin boleh melencong sedikit ke bidang penyediaan teh dan mengambil sedikit masa untuk ke bidang pembuatan roti canai.





Dan satu cerita dari seorang individu bergelar bekas manager gua cuba berkongsi cerita. Impiannya adalah untuk terlibat dalam bidang minyak dan gas (M&G), lebih spesifik upstream. Maka beliau tidak terus mendapat peluang untuk melibatkan diri ke industri M&G sebaliknya beliau berkhidmat selama 15tahun sebagai jurutera di Malaysia Airline System. Setelah itu baru lah beliau diterima masuk ke bahagian pemprosesan methanol untuk syarikat minyak malaysia. Perlu diingatkan bahagian itu bukanlah upstream seperti yang diinginkan beliau. Maka setelah beberapa tahun berkhidmat, beliau mengambil keputusan untuk menyertai satu organisasi yang ternya lebih kecil, hanya untuk melibatkan diri dalam bidang kerjaya yang diimpikan.



Moral of the story, syukurlah dengan apa yang dikurniakan bila mana masih ramai yang menggagau dalam mencari sinar.





Notakaki: maaf berkenaan bahasa yang campur aduk

1 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

betoi tuh...syukur je la ngn apa yg ada :)