Ahad, 16 Mei 2010

Dari hati turun ke kaki

Esok hari isnin. biasenya kalau hari isnin same je ngan hari2 isnin lain. tapi esok isnin yang dimana exam week bermula. exam week terakhir insyaallah. seperti biasa minggu lepas study week tapi dipenuhji dengan dota, muvi, series dan seangkatan dengannye.

di saat orang lain yang dah start paper diorang, esok aku masih ada test. bukan exam tapi test. maka terpaksa aku menelaah pelajaran. sedang best menelaah rumate plak main dota. satu dugaan yang maha hebat bagi seorang pendota tegar.

lalu aku mengalah memilih dota lebih dari test esok.

jadual sem ni sedikit best sebab aku bermula lewat dan gap antara dua subjek pun tak lama. setenang air di kali jangan sangka tak ada buaya, setenang aku bermain dota jangan sangka aku xcuak untuk exam.

gila kau tak cuak, kalo kantoi sem ni teruk aku. teruk. dan teruk.

semalam sebagai persedian untuk menelaah yakni membuat persediaan untuk menghadapi exam aku telah membuat beberepa perkara:

1. kemaskan meja yang agak bersepah selama satu sem. kalau korang tengok meja aku sebelum ni belum tentu korang lalu nk gunakan beliau.
2. basuh semua koleksi pakaian aku.
3. cuci kipas. siyesly berdebu gila kipas. da cuci rasa macam duk kat kutub utara, sebelum ni rasa macam duk dalam sauna.

dan sekarang aku telah sedia nak STUDY!!!!!!! TOLONG JANGAN KACAU

Tiada ulasan: