Isnin, 19 April 2010

Hari Ini Hari Selasa

Selasa,
Seperti yang ada dalam jadual waktu kelas aku, selasa adalah hari cuti sebab tiada kelas. Namun disebabkan malam tadi tido terlalu awal lalu hari ini waktu bangunnya amat awal. Seawal waktu subuh.

Subuhkah aku, jawapannya biarlah tuhan dan aku je yang tahu. (jawapan kurang semayang punya olang)

Dari saat bangun sampai sekarang xtau nak buat apa. bangun bancuh nescafe, brekpes ngan roti john malam tadi. usha2 blog orang. usha status fb orang, komen2 sket, like bnyk2 juga memerhati suasana politik negara dalam tukar tiub.

ambil perhatian aku bukan seorang yang suka berpolitik tapi sebagai rakyat negara ini adalah tanggungjawab aku untuk ambil tahu tentang pemimpin yang memimpin aku. ke nerakakah kita atau ke syurga pimpinan tersebut. adil atau tidak. mengkayakan atau memiskinkan serta bnyak lagi kriteria yang perlu dinilai.

ok sudah lari tajuk.

azam hari ini:
1. siapkan assignment
2. DOTA sampai lebam
3. minimumkan penggunaan DUNHILL dan sekutunya
4. solat dengan sepenuh waktu(agak mustahil)
5. bersukan dengan bersungguh2
6. lebih menyayangi diri sendiri

banyak tul azam tapi kemungkinan besar yang dicapai hanya azam kedua. kita tengok macam permainan hari selasa. bye. till the next entry

Tiada ulasan: