Khamis, 4 Mac 2010
Happy Go Mati
Jangan terlalu percaya dengan pandangan mata kecil kamu. Terkadang yang kau pandang itu hanya kulitnya sedangkan untuk mendapatkan isinya kulit harus disiat. Jangan mudah kamu2 diluar sana cuba mentafsir seseorang walaupun umur perkenalan kamu sudah menjangkau berpuluh tahun.
Kamu bertanya apakah dalil aku berkata demikian?
Aku tidak mempunyai jawapan untuk persoalan itu namun tujukan pertanyaan itu kepada diri sendiri, maka dengan megah dan takbur jawapan itu menunjukkan diri beliau. Aku tidak ingin memberi apa-apa contoh namun cukup la sekadar melihat karenah rakan-rakan , karenah diri sendiri, karenah manusia-manusia sekeliling.
Ya, mungkin sesetengah manusia suka untuk gambarkan apa yang berada dalam hati di iras wajah indah mereka. Namun ingat bukan semua manusia bersikap demikian.
p/s: Yang nampak happy go lucky itu tidak semestinya bukan happy go mati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
aku faham benar kata-kata mu
cik hajar, btul2 phm ke??
faham lah.
Catat Ulasan