Isnin, 22 Mac 2010

Bila Mata Enggan Tertutup

Pernah tak korang2 bela binatang. Aku pernah bela beberapa jenis binatang tapi mostly binatang yang pernah aku bela adalah ikan. Sebab ikan senang je kalo nak bela, ad akuarium, ad ikan dah bole bela. Bagi makan sekali sehari, cuci akuarium dalam 1 abad sekali. Konpem ikan anda akan mampus terbeliak.


Dulu masa kat sekolah tingkatan@menengah (sila tau yang saya sekolah dari form 1 sampai form 5 duk kat asrama) aku pernah bela ikan kat asrama. Ikan tu elok2 je idup masa aku bela tapi bila tinggalkn dia kat rumah tup2 dia mati. Setahun jugak la aku berkabung masa tu.


Selain ikan, kitorang kat asrama pernah bela burung. Ceritanya bermula bila sorang daripada member kitorang die jumpa burung dan anak2 wat sarang atas siling kat tandas. So kitorang dengan excited panjat siling tu nak tengok. Pada awalnya niat just nak tengok tapi dah alang2 tengok kitorang ambil keputusan nk adopt je anak2 burung tu. So punya la fikir nak letak mana burung tu, last kitorang letak burung tu dalam locker kosong kat dalam dorm. Gila excited bela burung, balik2 sekolah je bukak locker nak tengok keadaan burung. Rutin pemakanan harus dijaga, siap beli makanan burung kat luar. Padahal duit nak beli makanan sendiri pun xckup. Bela punya bela sampai dah macam ap dah locker tu, dengan bau, dengan najis lagi, burung2 tu da stat menunjukkan tanda2 diorang leh terbang. Then the day kitorang amat yakin diorang leh terbang sendiri, kitorang lepaskan burung2 tu.


Aku sentiasa teringin nak bela kucing atau anjing. But aku lebih prefer anjing tetapi bole tak bela anjing? Kalo ada sesiapa nak keluarkan dalil bole bela anjing konpem nnti aku bela anjing. Nak anjing yang besar2 yang bole main2. Tapi kalo betul la xleh bela, kucing pun bole la. Ada satu cerita menyayat hati pasal kucing. Dulu umah nenek aku ada bela dua ekor kucing ni. Asalnya kucing ni kucing liar so diorang pun amik bela. Lama jugak la diorang bela dalam dua tiga tahun. Rumah nenek aku ni kat tepi jalan raya. So nak dijadikan cerita, yang sekor ni pegi cross jalan. Tak tau la die nak pegi mana, mungkin nak pegi beli gula2 kat kedai seberang jalan. Belum sempat dia berlari kesebelah sana, datang satu kereta ni terus langgar, kebabooommm. Dan mangsa meninggal di tempat kejadian. Bapa saudara aku pun amik la jenazah kucing kesayangan dia tu dan kebumikan depan rumah.


So tinggal la sekor je lagi kucing tu. Bapa saudara aku yang owner kucing ni pindah dari umah nenek aku, so nenek aku amik alih tugas menjaga kucing ni. Yang ini memang kesian. Jaga punya jaga, hidup da mewah macam garfield tapi meninggal dalam satu tragedi mengerikan. Ad satu hari tu nenek aku outstation pegi rumah anak2 die. Agak lama la pemergian dia tu. Sebelum pergi tu dia da cari kucing tu tapi xjumpa so dia pun assume yang kucing tu keluar berkeliaran. Satu tabiat nenek aku ni, bila die nak kuar rumah, dia akan kunci sume kunci yang ad. Maksudnya rumah dia ad empat bilik, keempat2 bilik dia akan kunci. Then tidak berapa lama kemudian bila kitorang balik rumah dia, kitorang sense macam bau pelik datang dari satu dari bilik2 tu. So aku yang memang telah diakui memiliki tahap curiosity agak tinggi terus pergi cari sumber bau tu. Yang menyedihkan bau tu berpunca dari bangkai kucing yang disangka telah pergi dari rumah tersebut. Masa tu sume orang macam tergamam, sampai ada yang xsanggup pun nak tengok benda tu. Maka selepas kejadian tu nenek aku bersara dari membela kucing dan beralih kepada binatang yang bole dijadikan makanan.


So kepada anda2 yang mempunyai binatang peliharaan, peliharalah binatang anda sebelum anda dipeliharakan.





p/s: Rumate aku da bawak balik ikan dia



Tiada ulasan: