Rabu, 4 Mac 2009

Klimaks Yang Ter-Bantut

Khamis, Mac 5,

Dengan semangat berkobar aku bersiap sedia untuk mengerjakan segala kotoran yang tersimpan dalam beg dobi. Segala kelengkapan mau cukup, bahan2nye puan2:

1. Sedikit pencuci pakaian, secukup rasa.
2. Beberapa titis pelembut pakaian berjenama softlan atau dalam bahasa melayu "Lan Lembut".
3. Selonggok pakaian berserta bau hapak bercalit kotoran2 degil yang mengiurkan.
4. Paling penting, 5 keping syiling 50sen untuk dijadikan desert.


Dah siap sume kelengkapan aku menuju dengan yakin ke tempat penyingkiran kotoran @ mesin basuh. Punya la jauh perjalanan sampai softlan botol tinggal separuh aku minum nk hilangkan dahaga. Seb baik ada gadis-gadis perawan men'suit2' aku. Aku apa lagi trus menolak segala godaan yang mungkin menjurumuskn aku ke lembah yang hina.


Dengan penuh dugaan dan cabaran, sampei la aku. Sesampeinye aku, aku teramat kecewa ad seekor makhluk berbulu, besar, legap sedang mencurahkan pakaian beliau di tempat penyingkiran kotoran itu. Nak lawan takut, besar sangat. Aku amik keputusan tinggal je baju kat situ n naik balik. Saks!!!!!!




NotaKaki: Aku ingat aku sorang je gila basuh baju pagi2, ad lagi yang gila

Tiada ulasan: