"Life is about choice"
Bahasa Melayu nya hidup ialah berkenaan pilihan. Betul atau salah tafsiran itu aku tak kisah. Namun memang kita perlu membuat pilihan dalam hidup.
Seperti aku, aku tak pernah terpikir untuk jadi diri aku hari ini. pilihan yang aku buat pada masa sebelum ini membentuk diri aku. dari mana datangnya pilihan itu. tepuk dada tanya hati. namun kita hanya boleh menjangkakan apa yang mendatang setelah kita membuat pilihan. dan yang mendatang itu sememangnya suatu yang uncertain. kadang-kadang ia boleh menjadi baik dan kadang-kadang membawa kita kepada diri kita yang kita tidak pernah inginkan.
teringat masa dulu kecik-kecik, tak perlu pikir pasal tanggungjawab, pergi sekolah atas dasar suruhan mak ayah, balik sekolah main, kalau yang lebih patuh ikut cakap mak ayah supaya belajar. bila dah makin besar, makin banyak tanggungjawab. kalau tak belajar diri sendiri tau susah akan mendatang di masa depan. namun ada yang tak belajar tapi lebih bernasib baik. ini lah yang aku katakan uncertain.
aku pernah rasa takut untuk hidup, takut menghadapi hari esok. macam mana pun esok tetap menjelang. aku pernah melalui zaman-zaman gelap hidup aku. putus asa, kecewa, murung, semua tentang negatif. namun bila dilihat dari sudut positif, semua tu mengajar aku tentang kehidupan, itulah nikmat.
apakah kita yakin pilihan hari ini adalah yang terbaik untuk masa depan. apakah pilihan-pilihan yang lain itu tidak yang terbaik. aku teringat satu poem "the road not taken"
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveller, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less travelled by,
And that has made all the difference.
-Robert Frost
we have our options, but when we choose one, it will lead to another option and another and another until we realize that we cant go back and choose the options we leave behind.
Hidup ini sangat pendek. terlalu pendek untuk diperkatakan. pejam celik dah dewasa. tiba-tiba aku rasa sayang nak tinggalkan alam pengajian. ya memang masa belajar dah rasa bosan belajar namun hakikat yang perlu ditempuh bila dah bekerjaya hidup itu lebih mendatar lebih tipikal. hari-hari dengan rutin yang sama selama bertahun-tahun.
bak kata seorang rakan "bila kau dah kerja nanti, kau akan buat benda tu sampai kau mati or pencen, tu je"
malam ni aku telah mengambil keputusan untuk menulis kerana aku bosan, apa yang berlaku selepas entri ni ditulis, aku pun tak tahu, anda pula bagaimana?
notakaki: mungkinkah entri kali ini terlalu serius?
3 ulasan:
Entri kali ni paling menusuk kalbu. Aku bersetuju dengan apa yang kau perkatakan wahai encik gedo.
makin dewase... makin matang... harap berterusan...
@bajet
menusuk kalbu??? huhuhu tusuk2
@sahabat
kedewasaan itu sesuatu yang menghairankan....
Catat Ulasan