Rabu, 29 Oktober 2008

Malam ni kite makan biawak panggang

Noor Zafuan a.k.a penulis blog simply simple telah mentag aku, dalam bahasa melayu nya melabel aku. Betulkah terjemahan aku tersebut walaupun telah dirujuk ke kamus.

Share 7 facts about yourself on your blog,some random,some weird

Ceritakan tentang kamu berapa banyak bulu kamu ada, adakah bilangan telur kamu berjumlah 3 biji atau kamu seorang yang kacak.

*Bermula dengan nama aku sebab aku percaya 70% dari kawan aku ada tidak pernah mengetahui nama sebenar aku, 20% tahu menyebut tetapi tidak mengeja, 5% tahu menyebut dan mengeja dengan salah dan hanya 5% tahu mengeja dan menyebut dengan betul. Ayah aku yakni Che Wahab telah sebulat suara dengan Normala merangkap ibu biologi aku untuk meletakkan nama Mohd Shafeq. Ini bermakna dalam kad pengenalan nama aku adalah Mohd Shafeq Bin Che Wahab. Tetapi bila aku mati kelak, masa talqin tu akan di sebut Mohd Shafeq Bin Normala. Nak sebut macam mana nama aku ikut suka. Ada yang suka membunyikan vokal 'E' ada yang menggantikannya dengan vokal 'I'.  Ada yang lagi kreatif bila dieja Shafeq bunyi yang keluar adalah 'GEDO', aku masih cuba memahami di mana silap cikgu bahasa melayu mereka.

 

*Aku bukan GAY, namun aku pernah dikatakan gay masa aku form 3. Aku tidak tahu kenapa namun beberapa orang guru bertegas mengatakan aku gay disebabkan percaya dek fitnah budak2 form 5. Aku juga hampir diarahkan keluar dari sekolah hanya kerana fitnah yang xberasas ini. Kalo aku adalah gay, aku tidak akan menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita dalam hidup aku. Yeah aku lah itu. Normala juga hampir percaya bila dalam tangisan dia bertanya "Royak molek, jolo ko apik buat". Aku dengan tegas mengatakan aku tidak terlibat dengan aktiviti tak bermoral tersebut.

 

*Bila aku rasa tertekan, marah dan perasaan2 yang seangkatan dengannya, aku suka keluar dan menghabiskan wang yang ada. Ada sekali kat UTP, aku keluar malam sorang2 keluar ke Ipoh semata2 untuk menyantap perut aku ngan McD. Sampai Ipoh, order, makan dan terus balik. Kalo aku kat umah kazen aku, hari tensen aku adalah hari bertuah mereka sebab aku akan ajak mereka keluar shopping bila aku tensen, dan duit sape habis? Duit aku la, pastu esok2 da xde duit nak makan. huhu

 

*Aku suka tengak cerita orang dewasa a.k.a adult movie. Aku paling suka menonton lakonan Cytherea. Ini kerana beliau amat komited dalam lakonannya, dan aksi beliau amat real.

 

*Kali pertama aku ponteng sekolah adalah masa tadika. Aku ingat lagi hari tu aku malas sangat nak g tadika, so aku pura-pura tak bangun tidur. Seperti biasa driver Che Wahab jemput beliau pergi kerja, so hari tu disebabkan aku xpergi sekolah Che Wahab telah bawak aku pergi ofis dia, lepak kat sana.

 

*Dulu aku suka main volleyball, rakbi, sepak takraw, basket. Tapi sekarang dah xmain sangat sebab malas. Aku pernah wakil sekolah main rakbi, volleyball ngan hoki. HOHO

 

*Kebanyakan orang yang menduduki ranking teratas untuk carta orang paling aku sayang sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat ayahanda terchenta Che Wahab, Nenek aku Tok Wan, Atuk aku  dan sahabatku Adi.

 

Huh, amik ko Teloq. Macam budak2 main tag2 ni. Aku malas nak tag sape2, tapi kalo Kak D a.k.a Akak Epal Hijau baca blog ni aku nk tag die heehehehe

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amboih. main tag2 lonih. hehe. mu baca blog k'di gak? sama la kite. aku pon suka baca blog dia. hahahaha.

Tanpa Nama berkata...

org x termasok dlm carta??? well... cannot say aniting la...

Sakilah berkata...

aku bukan lah cikgu BM mahupon pelajar terbaik kt skolah..

tp aku rse, sukan rugby dlm bahasa melayu ejaan nyer ragbi..

kenape menegur? sbb terasa weird nmpk name ayah aku kt c2~

hu3.. =P

GEDO berkata...

@A.i.m.i
aku mmg suka baca blog epal hijau hahaha siap letak link lg

@saye_yg_x _disayangi
cuba baca balik, ad perkataan "kebanyakan" di situ means ad lagi orang yang sy syg masih hidup.

@sakilah
aku mintak maaf disebalik ejaan aku. tidak bermaksud untuk menyamakan perkataan itu dengan nama sesiapa sahaja. barangkali aku tiba2 menjadi bebal. biasa la manusia kadang2 mempunyai perasaan untuk menjadi bebal

GEDO berkata...

@A.i.m.i
aku mmg suka baca blog epal hijau hahaha siap letak link lg

@saye_yg_x _disayangi
cuba baca balik, ad perkataan "kebanyakan" di situ means ad lagi orang yang sy syg masih hidup.

@sakilah
aku mintak maaf disebalik ejaan aku. tidak bermaksud untuk menyamakan perkataan itu dengan nama sesiapa sahaja. barangkali aku tiba2 menjadi bebal. biasa la manusia kadang2 mempunyai perasaan untuk menjadi bebal

GEDO berkata...

@A.i.m.i
aku mmg suka baca blog epal hijau hahaha siap letak link lg

@saye_yg_x _disayangi
cuba baca balik, ad perkataan "kebanyakan" di situ means ad lagi orang yang sy syg masih hidup.

@sakilah
aku mintak maaf disebalik ejaan aku. tidak bermaksud untuk menyamakan perkataan itu dengan nama sesiapa sahaja. barangkali aku tiba2 menjadi bebal. biasa la manusia kadang2 mempunyai perasaan untuk menjadi bebal