Satu ketika dahulu, ada seorang kanak-kanak tinggal di sabuah kampung. Beliau baru sahaja berusia 12 tahun. Pada masa tu beliau baru sahaja menghabiskan kertas UPSR. Seperti kanak-kanak lain yang nakal, cuma beliau lebih bergaya, beliau dengan selamber melanggar perintah mak dia supaya tidak bermain-main dekat dengan tali air.
Buat sesiapa yang tidak mengenali apa itu tali air, sini aku ingin terangkan. Tali air boleh diklasifikasikan sebagai satu terusan yang pengaliran airnya di kawal oleh sebuah empangan. Sekatan ini bertujuan untuk mengawal pengaliran air ke sawah padi. Oleh sebab itu tujuan utama kehadiran tali air ini di atas muka bumi ini tidak lain tidak bukan untuk tujuan pertanian. Jangan memandai-mandai nak samakan tali air dengan sungai kerana mereka berdua adalah dua juzuk yang berbeza dari segi sifat fizikal, ejaan dan kandungan airnya. Jauh plak aku terpesong. Haih~~ kalo buat karangan ni da fail da ni.
Berbalik kepada kanak-kanak lelaki tu, sedang dia bermain-main dekat tali air, tiba-tiba selipar dia terjatuh ke dalam air. Maka terbayang lah wajah garang maknya marah sebab selipar terjatuh ke dalam tali air. Dah la pada masa tu, beliau belum lagi pandai berenang. So secara logiknya memang beliau takut untuk terjun menyelamatkan selipar tersebut.
Berdasarkan IQ budak darjah 6 beliau yang tak seberapa, beliau berjaya berfikir yang kalo beliau ikut selipar tu, nanti lama kelamaan selipar tu akan hanyut ke tepi tebing. Maka beliau terus mengfollow selipar tersebut. Ternyata selipar tersebut semakin hampir dengan dengan tebing. Namun mengecewakan apabila selipar itu tersangkut di rumput yang tumbuh meliar dan kedalaman air di situ tidak membenarkan beliau menyelamatkan selipar tu. Lalu beliau mencapai sebatang kayu dan menjolok selipar itu, namun perbuatan beliau membangkitkan kemarahan selipar itu seterusnya selipar itu makin menjauh dan hanyut.
Disebabkan nasib malang beliau, beliau kehilangan selipar yang baru dibeli. Dan seperti yang dijangka apbila beliau pulang dan memberitahu maknya, maknya terus mengamuk. Beliau pula hanya diam membisu.
Oleh kerana beliau terasa hati dengan kutukan-kutukan mak beliau, beliau terus mengambil keputusan untuk lari. Maka beliau bermonolog "Mana nak pergi, kang pergi jauh2 xleh balik lak". "Baik aku balik kampung". Untuk pengetahuan anda semua, jarak rumah beliau dari kampung adalah 60-80km. Tak ke bangang keputusan beliau nak balik kampung, ngan basikal lak tu. Kalo basikal yang macam pelumba-pelumba Malaysia yang xberapa handal pakai tu takpe la. Tapi basikal cabuk beliau.
Lalu beliau mula mengayuh. Disebabkan beliau dilahirkan dengan skil mengingati jalan yang hebat, beliau tidak mengambil jalan besar tetapi jalan kampung yang jarang dilalui manusia-manusia normal. Setelah lama mengayuh beliau sampai di satu kawasan yang amat jarang dilalui orang. Terdetik juga dalam hati beliau, andai kata jadi apa-apa kat situ, takde sorang pun akan menjumpai beliau.
4 jam mengayuh
Beliau berasa amat letih disebabkan angin bertiup dengan kencang melawan arus dia mengayuh. Kerana teramat letih sangat dia berenti minum air kat sebuah masjid. Sekadar minum air paip tapi nikmatnya memang tak terkata, seperti seorang sangap mendapat seorang wanita yang banyak air seperti Cytherea. Setelah puas meneguk air paip, beliau meneruskan perjalanan.
Setelah hampir 5jam mengayuh, beliau sampai di tok bali. Di sini beliau perlu mendaki satu jambatan yang amat tinggi(hiperbola). Digagahi beliau maka beliau berjaya merentasi jambatan tersebut. Dan ini bermakna beliau semakin hampir dengan rumah datuk beliau.
Sesampai di rumah datuk, datuk beliau amat terkejut dengan kehadiran beliau. Dan lebih mengejutkan bila dikhabarkan bahawa beliau telah sampai ke sana hanya menaiki basikal. Lalu mak beliau di telefon. Malam itu mak beliau datang bertandang. Dan dengan tepatnya mak beliau menyatakan beliau ke rumah datuk beliau disebabkan beliau merajuk kerana dimarah. Dan beliau memberikan alasan berikut, "sesat la, tibo2 smpai kt tok bali doh, sebab tu mari sini". Dan ternyata mak beliau tidak termakan dengan alasan itu kerana beliau memang dikenali sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai IQ yang agak bagus dan kemahiran menghafal jalan yang mengkagumkan. Akhirnya beliau dibawa balik tanpa sebarang kemarahan dari mana-mana pihak.
p/s: Beliau di atas adlah penulis sendiri. Bayangkan andai beliau ditimpa apa-apa di saat itu, anda tidak akan dapat membaca cerita ini. Diingatkan di sini, beliau meninggalkan rumah dengan hanya sehelai sepinggang. Tidak ada sesen pun wang pada beliau pada masa itu. Beliau masih seorang manusia yang suka travel dan masih mampu menghafal jalan dengan amat baik buat masa ini.
8 ulasan:
1. hebat gila.
2. tak penat ke????
3. lenkali jgn kuat majuk.
HAHAHHAH~
shaye da dgr da cite ni....
hehhe....
sbb tu shaye shayang awk...
g mane2 pun buliy... x sesat...
hahhaha.........
shaye pon jd x kesah drive sbb shaye tau klo awk drive... sure x igt jln mane lalu... hahahha....
haha. beliau itu sungguh la berani. berani pegi sorang2 jauh pulak tu. beliau kuat merajuk rupanya. lelaki pun kuat merajuk. haha
@izzyzatt
1.mana ad hebat
2.xsangat sbb budak-budak
3.merajuk? sume org ad perasaan
@shayang kame
saya seorang lelaki
@a.i.m.i
berani ad dalam setiap diri manusia cuma harus diterokai keberanian itu. Beliau juga seorang manusia yang mempunyai perasaan, xde kepelikan jika beliau pun merajuk hahaha
kepada beliau,aku bukan tak paham tapi aku malas nak baca citer kau ni. esok aku sambung baca okey..
@hey...ini aku
teruskan membaca dan trima kasih kerana melawat
sesungguh nyer, aku nk sgt nek besikal!!
=P
Catat Ulasan