Rabu, 29 Oktober 2008

Malam ni kite makan biawak panggang

Noor Zafuan a.k.a penulis blog simply simple telah mentag aku, dalam bahasa melayu nya melabel aku. Betulkah terjemahan aku tersebut walaupun telah dirujuk ke kamus.

Share 7 facts about yourself on your blog,some random,some weird

Ceritakan tentang kamu berapa banyak bulu kamu ada, adakah bilangan telur kamu berjumlah 3 biji atau kamu seorang yang kacak.

*Bermula dengan nama aku sebab aku percaya 70% dari kawan aku ada tidak pernah mengetahui nama sebenar aku, 20% tahu menyebut tetapi tidak mengeja, 5% tahu menyebut dan mengeja dengan salah dan hanya 5% tahu mengeja dan menyebut dengan betul. Ayah aku yakni Che Wahab telah sebulat suara dengan Normala merangkap ibu biologi aku untuk meletakkan nama Mohd Shafeq. Ini bermakna dalam kad pengenalan nama aku adalah Mohd Shafeq Bin Che Wahab. Tetapi bila aku mati kelak, masa talqin tu akan di sebut Mohd Shafeq Bin Normala. Nak sebut macam mana nama aku ikut suka. Ada yang suka membunyikan vokal 'E' ada yang menggantikannya dengan vokal 'I'.  Ada yang lagi kreatif bila dieja Shafeq bunyi yang keluar adalah 'GEDO', aku masih cuba memahami di mana silap cikgu bahasa melayu mereka.

 

*Aku bukan GAY, namun aku pernah dikatakan gay masa aku form 3. Aku tidak tahu kenapa namun beberapa orang guru bertegas mengatakan aku gay disebabkan percaya dek fitnah budak2 form 5. Aku juga hampir diarahkan keluar dari sekolah hanya kerana fitnah yang xberasas ini. Kalo aku adalah gay, aku tidak akan menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita dalam hidup aku. Yeah aku lah itu. Normala juga hampir percaya bila dalam tangisan dia bertanya "Royak molek, jolo ko apik buat". Aku dengan tegas mengatakan aku tidak terlibat dengan aktiviti tak bermoral tersebut.

 

*Bila aku rasa tertekan, marah dan perasaan2 yang seangkatan dengannya, aku suka keluar dan menghabiskan wang yang ada. Ada sekali kat UTP, aku keluar malam sorang2 keluar ke Ipoh semata2 untuk menyantap perut aku ngan McD. Sampai Ipoh, order, makan dan terus balik. Kalo aku kat umah kazen aku, hari tensen aku adalah hari bertuah mereka sebab aku akan ajak mereka keluar shopping bila aku tensen, dan duit sape habis? Duit aku la, pastu esok2 da xde duit nak makan. huhu

 

*Aku suka tengak cerita orang dewasa a.k.a adult movie. Aku paling suka menonton lakonan Cytherea. Ini kerana beliau amat komited dalam lakonannya, dan aksi beliau amat real.

 

*Kali pertama aku ponteng sekolah adalah masa tadika. Aku ingat lagi hari tu aku malas sangat nak g tadika, so aku pura-pura tak bangun tidur. Seperti biasa driver Che Wahab jemput beliau pergi kerja, so hari tu disebabkan aku xpergi sekolah Che Wahab telah bawak aku pergi ofis dia, lepak kat sana.

 

*Dulu aku suka main volleyball, rakbi, sepak takraw, basket. Tapi sekarang dah xmain sangat sebab malas. Aku pernah wakil sekolah main rakbi, volleyball ngan hoki. HOHO

 

*Kebanyakan orang yang menduduki ranking teratas untuk carta orang paling aku sayang sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat ayahanda terchenta Che Wahab, Nenek aku Tok Wan, Atuk aku  dan sahabatku Adi.

 

Huh, amik ko Teloq. Macam budak2 main tag2 ni. Aku malas nak tag sape2, tapi kalo Kak D a.k.a Akak Epal Hijau baca blog ni aku nk tag die heehehehe

Jumaat, 24 Oktober 2008

Rambut Awak Macam Naruto (18SX : Sesuai dibaca oleh golongan berumur 18tahun ke atas sahaja) Segala hasil pembacaan adalah tanggungjawab sendiri.

Cuba korang bayangkan, tengah2 korang bercumbuan@bersetubuh@mengecapi 'nikmat dunia' dengan pasangan korang tiba-tiba pasangan korang cakap macam ni:

"Ganah rambut dio, srupo Naruto"

Bila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu betul jadi macam ni:

"Hebat betul rambut awak, macam Naruto saya tengok"....


Aku tak paham apa yang cuba dilakukan si lelaki tu. Adakah untuk menimbulkan suasana romantik. Kalo bagi aku memang tidak romantik sama sekali. Atau sekadar ingin mengajak temannya berbual sambil melakukan seks. Aku xpaham, aku rasa pelik, kenapa begitu lemah komunikasi lelaki tersebut bersama pasangannya.


Yelah, kalau ya pun nak menimbulkan suasana romantik ke, nak berbual sambil menunggang ke, atau sekadar nak mengalihkan perhatian kepada perkara lain selain seks, xyah la cakap rambut pasangan anda tu macam naruto. Aku tengok video tu rasa kelakar lak sampai aku gelak sorang2. Da la naruto lak tu. Cuba korang bayangkan kalo rambut perempuan tu betul2 macam rambut naruto. Tak ke gila tu? Tapi dari observation aku, xde la macam naruto pun. Kalo aku jadi perempuan tu, aku da stop da jadi pasangan laki tu. Ada ke sama kan dia ngan naruto. Baik pasangan dia berpasang dengan naruto je.



Apa-apa pun, bak kata Nabil Raja Lawak, lu pikiaq la sendighi.

Rabu, 15 Oktober 2008

Kisah Satu Masa Dahulu

Satu ketika dahulu, ada seorang kanak-kanak tinggal di sabuah kampung. Beliau baru sahaja berusia 12 tahun. Pada masa tu beliau baru sahaja menghabiskan kertas UPSR. Seperti kanak-kanak lain yang nakal, cuma beliau lebih bergaya, beliau dengan selamber melanggar perintah mak dia supaya tidak bermain-main dekat dengan tali air.

Buat sesiapa yang tidak mengenali apa itu tali air, sini aku ingin terangkan. Tali air boleh diklasifikasikan sebagai satu terusan yang pengaliran airnya di kawal oleh sebuah empangan. Sekatan ini bertujuan untuk mengawal pengaliran air ke sawah padi. Oleh sebab itu tujuan utama kehadiran tali air ini di atas muka bumi ini tidak lain tidak bukan untuk tujuan pertanian. Jangan memandai-mandai nak samakan tali air dengan sungai kerana mereka berdua adalah dua juzuk yang berbeza dari segi sifat fizikal, ejaan dan kandungan airnya. Jauh plak aku terpesong. Haih~~ kalo buat karangan ni da fail da ni.

Berbalik kepada kanak-kanak lelaki tu, sedang dia bermain-main dekat tali air, tiba-tiba selipar dia terjatuh ke dalam air. Maka terbayang lah wajah garang maknya marah sebab selipar terjatuh ke dalam tali air. Dah la pada masa tu, beliau belum lagi pandai berenang. So secara logiknya memang beliau takut untuk terjun menyelamatkan selipar tersebut.

Berdasarkan IQ budak darjah 6 beliau yang tak seberapa, beliau berjaya berfikir yang kalo beliau ikut selipar tu, nanti lama kelamaan selipar tu akan hanyut ke tepi tebing. Maka beliau terus mengfollow selipar tersebut. Ternyata selipar tersebut semakin hampir dengan dengan tebing. Namun mengecewakan apabila selipar itu tersangkut di rumput yang tumbuh meliar dan kedalaman air di situ tidak membenarkan beliau menyelamatkan selipar tu. Lalu beliau mencapai sebatang kayu dan menjolok selipar itu, namun perbuatan beliau membangkitkan kemarahan selipar itu seterusnya selipar itu makin menjauh dan hanyut.

Disebabkan nasib malang beliau, beliau kehilangan selipar yang baru dibeli. Dan seperti yang dijangka apbila beliau pulang dan memberitahu maknya, maknya terus mengamuk. Beliau pula hanya diam membisu.

Oleh kerana beliau terasa hati dengan kutukan-kutukan mak beliau, beliau terus mengambil keputusan untuk lari. Maka beliau bermonolog "Mana nak pergi, kang pergi jauh2 xleh balik lak". "Baik aku balik kampung". Untuk pengetahuan anda semua, jarak rumah beliau dari kampung adalah 60-80km. Tak ke bangang keputusan beliau nak balik kampung, ngan basikal lak tu. Kalo basikal yang macam pelumba-pelumba Malaysia yang xberapa handal pakai tu takpe la. Tapi basikal cabuk beliau.

Lalu beliau mula mengayuh. Disebabkan beliau dilahirkan dengan skil mengingati jalan yang hebat, beliau tidak mengambil jalan besar tetapi jalan kampung yang jarang dilalui manusia-manusia normal. Setelah lama mengayuh beliau sampai di satu kawasan yang amat jarang dilalui orang. Terdetik juga dalam hati beliau, andai kata jadi apa-apa kat situ, takde sorang pun akan menjumpai beliau.

4 jam mengayuh
Beliau berasa amat letih disebabkan angin bertiup dengan kencang melawan arus dia mengayuh. Kerana teramat letih sangat dia berenti minum air kat sebuah masjid. Sekadar minum air paip tapi nikmatnya memang tak terkata, seperti seorang sangap mendapat seorang wanita yang banyak air seperti Cytherea. Setelah puas meneguk air paip, beliau meneruskan perjalanan.

Setelah hampir 5jam mengayuh, beliau sampai di tok bali. Di sini beliau perlu mendaki satu jambatan yang amat tinggi(hiperbola). Digagahi beliau maka beliau berjaya merentasi jambatan tersebut. Dan ini bermakna beliau semakin hampir dengan rumah datuk beliau.

Sesampai di rumah datuk, datuk beliau amat terkejut dengan kehadiran beliau. Dan lebih mengejutkan bila dikhabarkan bahawa beliau telah sampai ke sana hanya menaiki basikal. Lalu mak beliau di telefon. Malam itu mak beliau datang bertandang. Dan dengan tepatnya mak beliau menyatakan beliau ke rumah datuk beliau disebabkan beliau merajuk kerana dimarah. Dan beliau memberikan alasan berikut, "sesat la, tibo2 smpai kt tok bali doh, sebab tu mari sini". Dan ternyata mak beliau tidak termakan dengan alasan itu kerana beliau memang dikenali sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai IQ yang agak bagus dan kemahiran menghafal jalan yang mengkagumkan. Akhirnya beliau dibawa balik tanpa sebarang kemarahan dari mana-mana pihak.

p/s: Beliau di atas adlah penulis sendiri. Bayangkan andai beliau ditimpa apa-apa di saat itu, anda tidak akan dapat membaca cerita ini. Diingatkan di sini, beliau meninggalkan rumah dengan hanya sehelai sepinggang. Tidak ada sesen pun wang pada beliau pada masa itu. Beliau masih seorang manusia yang suka travel dan masih mampu menghafal jalan dengan amat baik buat masa ini.

Isnin, 13 Oktober 2008

Entri Rawak

Ofismate aku cakap, kalo orang pening bau perfume, hidu bau kopi. Itu logic tapi Amud cakap lak, kalo pening bau kopi, hidu perfume, logik tak???

Tapi aku sangat setuju kalo ada orang cakap Norsaiful Rosli, ntah betul ke tak nama ni, merangkap Presiden Kelab Kembara itu kopi. Tolong jangan silap faham, satu-satunya persamaan beliau dengan kopi adalah sifat fizikal semata-mata di mana warna kulit beliau seakan-akan warna kulit kopi itu sendiri. Tiada sama sekali persamaan dari bentuk lain sama ada bentuk muka bumi, rasa dan pelbagai lagi.

Kita selalu minum kopi untuk elakkan rasa mengantuk. Tahukah kita bagaimana kopi dihasilkan. Kopi dihasilkan dari biji kopi yang dibakar. Untuk lebih lanjut sila rujuk sini. Malas nak tulis panjang-panjang.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Setelah Hari-Hari Itu Berlalu

Semalam aku bertemu dia lagi, die senyum, dia ajak aku jalan-jalan. Sampai satu jalan, aku dah tak boleh ikut dia. Dia semakin jauh meninggalkan aku. Aku memanggil-manggil nama dia. Namun dia tidak menoleh. Tiba-tiba cahaya itu datang lagi dan dia…….

Dia hanya tersenyum melihat aku menangis. Oh kawan aku rindu padamu. Dan aku sedar kemalangan itu meragut nyawanya.

Adi Safwan dalam kenangan…… 10 Julai 1987-30 November 2008

Hari Semalam

Aku bertemu dia. Kali ini aku lihat mukanya tak seperti dulu. Luka kemalangan hari itu jelas terpapar di wajah. Aku menjadi takut. Takut untuk melepaskan dia pergi. Namun setelah cahaya itu datang aku kehilangan buah hati aku.

Khamis, 9 Oktober 2008

Aku pernah mempunyai seorang kawan seperti dia

Nama dia Mohd Adi Safwan Bin Ariffin. Aku kenal dia ni masa aku masuk form 1 SMSTMFP. Disebabkan aku satu batch ngan dia, sama2 tinggal kat daerah pasir puteh membuatkan aku rapat dengan dia. Oleh disebabkan dia ni diklasifikasikan sebagai nakal, sama jugak aku maka kitorang boleh dikatakan sentiasa membuat hal sama2. Mamat ni tersangat lah happy go lucky. Sejak aku kenal dia dari form 1 sampai umur aku ni da cecah 21 aku jarang tengok dia marah. Orangnya memang amat mementingkan rakan2.

Masa form 4 aku kena buang sekolah, dia pun turut serta sekali. Kitorang pindah ke sekolah yang sama. Dari situ dia mula mengenali kawan-kawan yang lebih 'nakal'. Aku mula kurang rapat dengan dia. Walaupun satu sekolah aku kurang mendengar berita dari dia. Namun kami tetap kawan, dia ajak aku tido kat rumah dia. Pernah masa aku balik dari asrama, dia sanggup hantar aku balik rumah walaupun rumah aku memang jauh dari rumah dia. Di sekolah tu aku melihat hidup dia hampir musnah. Bermula dengan seorang pelajar yang agak cemerlang dari segi pelajaran, dia mula jatuh. Dia mula mengenali 'rakan-rakan' lain yang melalaikan. Mula menghabiskan wang ringgit untuk 'rakan-rakan' yang membuat dia hanyut. Hinggalah satu peristiwa, dia dimasukkan ke hospital kerana kerosakan hati. Namun dia masih berjaya diselamatkan. Satu berita baik selepas tu, aku dengar dia mula meninggalkan 'rakan-rakan' dia dulu.

Habis sekolah, aku terus masuk UTP dan dia masih lagi kat rumah bersama kawan-kawan.Setelah beberapa bulan aku sambung belajar kat UTP, aku dimaklumkan dia meneruskan hidup di KPTM jurusan perakaunan. Sepanjang 3 tahun setengah dia di KPTM aku slalu menumpang tido kat rumah dia. Dia lansung tak pernah merungut aku menyusahkan dia malahan di marahnya aku bila aku tak datang walaupun aku ad kat kL. Hubungan kami makin rapat.

Aku pun tak tahu kenapa tetapi aku selalu menjadi tempat dia meluahkan sesuatu sedangkan dia mempunyai ramai lagi kawan lain. Dan dia sanggup untuk fetch aku kat pudu bila aku turun kL walaupun masa dah pukul 3-5pagi. Hubungan kami ibarat adik-beradik, balik Kelantan tak lengkap tanpa ke rumah dia lepak-lepak sekali. Dan aku lebih mengetahui banyak benda tentang dia berbanding orang lain even family dia sendiri. Aku juga selalu menjadikan dia tempat aku berbicara benda yang memang tak boleh sama sekali dibicarakan dengan manusia talam dua jubo.
Aku mula mengajar dia tentang DOTA. Dan sesungguhnya dadah alam maya ini amat merosakkan hidup dia. Aku jugak menyesal tapi benda da nak jadi. Lepas kenal DOTA dia selalu ponteng kelas, masa-masa dihabiskan untuk dota. Akibatnya dia extend 1sem.

Sem ni sem terakhir dia. Aku ingat lagi cita-cita besar dia, nak jadi gabenor bank katanya. Dan aku selalu mentertawakan dia. Disebabkan aku intern kat kL, aku selalu ke rumah dia. Tido ngan dia, makan ngan dia, puasa, berbuka, sahur, dota semuanya dilakukan bersama-sama beberapa ketika. Dan itu period paling lama aku habiskan bersama dia sepanjang perkenalan kami.

Masih aku ingat, pagi tu 26 September 2008 bersamaan 26 Ramadhan 1429, seperti biasa aku, dia, Anje dan Joe berdota. Namun hari tu dia main palat dan kitorang semua marah. Sampai ada yang cakap, “Sumpah aku takkan main ngan ko lagi”. Aku dengan agak kasar berkata “Retire la main dota kalo nak main macam tu”. Petang 26 tu abang dia dari PD datang fetch dia nak balik Kelantan, balik raya.

Hari tu 27 September 2008 @ 27 Ramadhan 1429, aku terima panggilan dari Nita.
Nita : Gedo, Adi xdop doh.
Aku :(senyap sebentar). Mung tau mano?
Nita : Sepupu dio call aku, dio eksiden kat Raub.
Aku : Meta, aku nk call org.

Dan aku terus call ayah dia.
Aku : Pakcik, dowe ad?
Ayah dia : Dowe xdop doh tu, meninggal.
Aku : (terduduk). Bila mayat balik?
Ayah dia : Baru nak tolok gi raub ni.

Aku terkesima. Perasaan masa tu hanya tuhan yang tau. Memang game dota semalam yang terakhir. I lost my bestest friend. Aku masih taknak percaya namum aku tau semua telah berlaku. Aku berharap semua itu kesilapan. Malam tu aku balik Kelantan, ikut bapa saudara aku. Kawan aku pergi Raub tengok. Dan kawan aku mengesahkan yang memang dia yang meninggal. Aku, masih belum mahu percaya.
Tengah hari 28hb aku pergi ke rumah dia. Jenazah belum sampai. Aku masih lagi berharap itu semua hanya mimpi. 4 petang jenazah sampai. Atas arahan ayah dia, kapan itu tak dibenarkan dibuka. Aku tak sempat melihat muka dia. Aku sembahyangkan jenazah dia. Iringi ke kubur, masih lagi tak percaya sebab aku tak dapat lagi melihat muka dia. Sampai kubur, aku menurunkan jenazah ke kubur. Kali ini walaupun aku tidak melihat wajah dia, aku sedar aku kehilangan dia. Aku menangis, teresak-esak. Kaum kerabat dia pelik melihat aku menangis. Aku menjauhi kubur, tak baik nangis atas kubur. Kawan-kawan cuba mententeramkan aku. Sepanjang perjalanan balik, aku menangis. Namun aku sedar, menangis air mata darah sekalipun dia takkan kembali. Seorang sahabat yang sememangnya sahabat bagi aku. Aku tidak sempat mezahirkan rasa kasih aku, rasa sayang aku kepada dia. Anda pula bagaimana, sudahkah anda menghargai sahabat-sahahat anda. Melahirkan rasa kasih sayang itu?

Dia dalam cerita di atas adalah Mohd Adi Safwan bin Ariffin. Seorang sahabat kepada penulis. Al-Fatihah kepada arwah.