Setelah hampir seminggu berlansungnya debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek (DASC) bertajuk 'Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak aku berasa terpanggil untuk menulis sesuatu berkenaannya. Debat yang mengambil masa hampir sejam tu pada pendapat aku tidak cukup untuk memberi maklumat yang terperinci dan tepat. Itu pun ditambah DASC yang lebih banyak menyerang peribadi DSAI berbanding memberi hujah berkaitan ap yang dibincangkan.
Pendapat aku kenapa debat ini diadakan:
1. Kerajaaan ingin menunjukkan bahawa mereka mengamalkan dasar keterbukaan sedangkn aku berpendapat ini tidak pernah berlaku. Kenapa? Ini kerana pada pendapat aku, lihat sahaja bila PRU dijalankan hanya kempen2 kerajaan yang berkumandang, memburuk2kan nama pembangkang. Tidakkah ini satu bukti dasar ke'tidak terbuka'an kerajaan berkenaan peranan media menyampaikan maklumat tanpa mengenal warna bendera politik dan seterusnya menjadi media yg telus tanpa campur tangan mana2 pihak.
2. Menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DSAI dengan menyerang peribadi beliau. Ini amat jelas dilihat bila kebanyakan ayat yang keluar dari mulut DASC adalah bertujuan menjatuhkan maruah DSAI dan tidak banyak menyentuh tentang isu sebenar.(ada perasaan kecewa dirasakan aku sebagai seorang rakyat)
3.Melindungi kerajaan dari isu-isu besar yang lain. Apabila debat dilansungkan secara tidak lansung akan menyebabkan rakyat bercakap tentang isu debat itu dan tidak lagi bercakap mengenai isu-isu seperti Kes Pembunuhan Al-Tantuya dan Kepincangan Dalam Pemilihan Ahli Tertinggi UMNO tidak lama lagi.
Pendapat aku berkenaan keputusan debat:
1. Masa yang diperuntukkan amat singkat untuk mengupas isu sebesar isu harga minyak. Masalah harga minyak amat berkaitan dengan ekonomi, hanya sejam diperuntukkan untuk mengupas tentang isu ini. DASC pula banyak menghabiskan masa menyerang peribadi DSAI. Aku bukan penyokong DSAI, bukan juga dipihak kerajaan, cuma ingin mengetahui maklumat-maklumat seperti dividen, royalti dan wang dijimatkan daripada pemotongan subsidi. Sebagai rakyat aku nak tau kemana hasil khazanah negara dibelanjakan kerana itu juga hak aku, hak bersama rakyat Malaysia. Aku juga dimaklumkan oleh kenalan-kenalan yang berkhidmat di PETRONAS bahawa banyak hasil PETRONAS diambil oleh kerajaan. Jadi kemanakah hasil-hasil itu pergi. Namun malangnye masa sejam itu amat terhad untuk rakyat seperti aku untuk mencedok maklumat-maklumat sedemikian.
2. DASC tidak berjaya sebagai wakil kerajaan untuk menerangkan perihal kenaikan harga minyak dengan tepat. Ini boleh dilihat bila DASC asyik mengulangi perkara yang sama di samping hanya menyerang peribadi DSAI. Ini menunjukkan betapa DASC kekurangan idea dan tidak membuat persediaan yang cukup. Perhujahan beliau juga tidak meyakinkan berasama penampilan diri yang cukup tidak menyenangkan (air liur beliau dapat dilihat keluar melalui kedua-dua belah bibir, yucks). Boleh didengar terketar-ketar dan ternyata beliau gugup.
3. Kerajaan terlalu mengambil ringan terhadap debat ini apabila menghantar seorang wakil yang tidak berapa pandai dalam menyuarakan hujah. Ini menunjukkan ketidak prihatin kerajaan di atas masalah yang membelenggu rakyat sedangkan pembangkang menghantar pemimpin paling lantang bersuara dan petah berkata-kata dengan hujah yang amat meyakinkan.
4. Sekali lagi pihak kerajaan menggunakan semua kuasa media apabila mengumumkan DASC menang dalam perdebatan itu di akhbar-akhbar utama sedangkan jelas kelihatan yang debat itu dimenangi DSAI.
5. DASC telah memungkiri janji beliau untuk meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak berjaya. Maka tanyalah kepada rakyat tanah melayu ini, adakah beliau berjaya. Aku berkata tidak.
6. Kesimpulannye DSAI telah berjaya meyakinkan lagi rakyat Malaysia dengan debat malam itu. DSAI vs DASC, keputusannya: DSAI menang.
P/s: aku bukan pro mana-mana parti politik, juga bukan pro mana-mana individu.
1 ulasan:
ak sokong..101%..nape perlu berat sebelah?..cuba kita lihat negara luar,australia contoh nya..kalau presiden dorang buat salah pun,mereka lantang menyuarakannya..tapi di malaysia?tengok rtm1 contohnya,dalam ulasan akhbar,mereka terang2 men'dewa'kan kerajaan..pembangkang pula dihentam habis2an..
Catat Ulasan