Selasa, 22 Julai 2008

DEBAT!!!!!

Setelah hampir seminggu berlansungnya debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek (DASC) bertajuk 'Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak aku berasa terpanggil untuk menulis sesuatu berkenaannya. Debat yang mengambil masa hampir sejam tu pada pendapat aku tidak cukup untuk memberi maklumat yang terperinci dan tepat. Itu pun ditambah DASC yang lebih banyak menyerang peribadi DSAI berbanding memberi hujah berkaitan ap yang dibincangkan.

Pendapat aku kenapa debat ini diadakan:
1. Kerajaaan ingin menunjukkan bahawa mereka mengamalkan dasar keterbukaan sedangkn aku berpendapat ini tidak pernah berlaku. Kenapa? Ini kerana pada pendapat aku, lihat sahaja bila PRU dijalankan hanya kempen2 kerajaan yang berkumandang, memburuk2kan nama pembangkang. Tidakkah ini satu bukti dasar ke'tidak terbuka'an kerajaan berkenaan peranan media menyampaikan maklumat tanpa mengenal warna bendera politik dan seterusnya menjadi media yg telus tanpa campur tangan mana2 pihak.

2. Menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DSAI dengan menyerang peribadi beliau. Ini amat jelas dilihat bila kebanyakan ayat yang keluar dari mulut DASC adalah bertujuan menjatuhkan maruah DSAI dan tidak banyak menyentuh tentang isu sebenar.(ada perasaan kecewa dirasakan aku sebagai seorang rakyat)

3.Melindungi kerajaan dari isu-isu besar yang lain. Apabila debat dilansungkan secara tidak lansung akan menyebabkan rakyat bercakap tentang isu debat itu dan tidak lagi bercakap mengenai isu-isu seperti Kes Pembunuhan Al-Tantuya dan Kepincangan Dalam Pemilihan Ahli Tertinggi UMNO tidak lama lagi.

Pendapat aku berkenaan keputusan debat:
1. Masa yang diperuntukkan amat singkat untuk mengupas isu sebesar isu harga minyak. Masalah harga minyak amat berkaitan dengan ekonomi, hanya sejam diperuntukkan untuk mengupas tentang isu ini. DASC pula banyak menghabiskan masa menyerang peribadi DSAI. Aku bukan penyokong DSAI, bukan juga dipihak kerajaan, cuma ingin mengetahui maklumat-maklumat seperti dividen, royalti dan wang dijimatkan daripada pemotongan subsidi. Sebagai rakyat aku nak tau kemana hasil khazanah negara dibelanjakan kerana itu juga hak aku, hak bersama rakyat Malaysia. Aku juga dimaklumkan oleh kenalan-kenalan yang berkhidmat di PETRONAS bahawa banyak hasil PETRONAS diambil oleh kerajaan. Jadi kemanakah hasil-hasil itu pergi. Namun malangnye masa sejam itu amat terhad untuk rakyat seperti aku untuk mencedok maklumat-maklumat sedemikian.

2. DASC tidak berjaya sebagai wakil kerajaan untuk menerangkan perihal kenaikan harga minyak dengan tepat. Ini boleh dilihat bila DASC asyik mengulangi perkara yang sama di samping hanya menyerang peribadi DSAI. Ini menunjukkan betapa DASC kekurangan idea dan tidak membuat persediaan yang cukup. Perhujahan beliau juga tidak meyakinkan berasama penampilan diri yang cukup tidak menyenangkan (air liur beliau dapat dilihat keluar melalui kedua-dua belah bibir, yucks). Boleh didengar terketar-ketar dan ternyata beliau gugup.

3. Kerajaan terlalu mengambil ringan terhadap debat ini apabila menghantar seorang wakil yang tidak berapa pandai dalam menyuarakan hujah. Ini menunjukkan ketidak prihatin kerajaan di atas masalah yang membelenggu rakyat sedangkan pembangkang menghantar pemimpin paling lantang bersuara dan petah berkata-kata dengan hujah yang amat meyakinkan.

4. Sekali lagi pihak kerajaan menggunakan semua kuasa media apabila mengumumkan DASC menang dalam perdebatan itu di akhbar-akhbar utama sedangkan jelas kelihatan yang debat itu dimenangi DSAI.

5. DASC telah memungkiri janji beliau untuk meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak berjaya. Maka tanyalah kepada rakyat tanah melayu ini, adakah beliau berjaya. Aku berkata tidak.

6. Kesimpulannye DSAI telah berjaya meyakinkan lagi rakyat Malaysia dengan debat malam itu. DSAI vs DASC, keputusannya: DSAI menang.

P/s: aku bukan pro mana-mana parti politik, juga bukan pro mana-mana individu.

Isnin, 21 Julai 2008

MARI MENGFOTOKAN DIRI

HUHU..... baru-baru ni aku da membayar sejumlah duit untuk memiliki sebuah kamera yang xseberapa. Namun aku berpuas hati dengan keaadan kamera aku memandangkan keadaan kewangan aku hanya memampukan aku memiliki kamera ni.


"Inilah camera baru aku: Fujifilm FinePix S700/S5700....."

Dan spec seperti berikut:
* 7.1-Megapixel CCD image sensor for poster size prints
* 10x optical zoom (38-380mm equiv)
* Single or Continuous AF and Manual focus
* Focus assist illuminator for low-light
* Electronic color viewfinder w/230K pixels (approx. 97% frame coverage)
* 2.5" LCD Color Monitor w/230K pixels (approx. 97% frame coverage)
* Movie Mode; 30fps @ 640x480 or 320x240 with sound
* Voice memos can be attached to still images
* Auto, Program AE, Shutter speed or Aperture priority and Manual
* Shooting modes: Natural Light, Natural Light + flash (Dual shot) and Anti-Blur
* Scene Position: Portrait, Landscape, Sport, Night, Fireworks, Sunset, Snow, Beach, Museum, Party, Flower, Text
* ISO speeds: Auto (800/400), 80, 100, 200, 400, 800, 1600
* Metering: Multi, Average, Spot
* Built-in manual popup multi-mode flash
* Shutter Speed: 4 - 1/1000 sec in (depending on Shooting mode)
* Uses 27MB internal memory, xD-Picture Card or SD card memory cards
* Lightweight at just 10.8 oz. (excluding battery/memory card)
* Powered by four AA type batteries
* USB 2.0 (Full-speed) plug-n-play connectivity

Dan ditambah lg dengan beberapa function yang aku malas nk jelaskn disini......

Ahad, 20 Julai 2008

LAGU HARI INI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



DILARANG MELARANG......
'jangan disana atau disini.....'
'yang sudah sana atau kesini.........'
'sekarang sudah bebas, merdeka........

Khamis, 17 Julai 2008

Ofisku diserang penyakit!!!!


Kebelakangan ini staff2 kt ofis aku senantiasa diserang penyakit seperti selesema, batuk, demam, dan bnyk lg la species2 penyakit yg ad. Aku da kena demam+selesema 3hari da, xbaik2 lg. Huh, betapa tension bila kena penyakit ni. SV aku pn demam. HAHAHA Bos xde ap lg, bosan la xde keje. Seb baik la ofis aku ni jenis yg pemurah gak, g klinik dpt claim. HEHEHE So, berbaloi la aku byr 50 hinggit utk mendapatkn ubat yg aku sedia ad kt umah (sbnrnya nk g amik MC je). So, aku xrugi ap2 melainkn penat pg klinik dgn keadaan xsberapa baik dgn motor.

Tp ad bagus gak demam selesema ni. Disebabkn beliau, aku hmpir tidak mejamah ap2 jenis rokok dalam masa dua hari. HEHEHE TETAPI disebabkn terlalu sangap, so mlm td aku terHISAP sbtg winston light. Tba2 muncul di benak fikiranku, apsl winston light ni rs smcm je tp bes la jgak dpt brasap.

Pagi2 aku skrg ni sudah xseawal pagi2 ku dulu. Aku bgn pukul 7lbih. HAHAHA satu kjayaan yg hebat. Sekian sahaja carutan pagi aku.

Ahad, 13 Julai 2008

Bangsa Melayu Bangsa Pertama Mengelilingi Dunia????



Manusia pertama mengelilingi dunia....... Siapakah beliau? adakah Ferdinand de Megallan yg diagung2kn oleh dunia barat sbg kapten yg brjaya membawa blk 1 drpd 5 buah kapal ke Sepanyol pd 1522. Sdangkn beliau telah pn dibunuh di Cebu, Philipina sblum kapal beliau Victoria berlepas pulang ke Sepanyol.



Yang menjadi persoalan, siapakah yang mengemudi Victoria selaku nakhoda kapal tersebut. Di sini la timbulnya nama seorang lelaki melayu yg dikenali sebagai Panglima Awang atau Henry The Black atau Enrique of Melaka. Pada tahun 1511, Megallan telah menyerang Melaka bagi pihak portugis dan telah menawan ramai pemuda masa itu termasuk Panglima Awang untuk dijadikan hamba. Maka bermula kisah hidup Panglima Awang sebagai pelayar.



Dalam expedisi mengelilingi dunia oleh Megallan, mereka telah singgah di Cebu untuk menambah bekalan kapal mereka. Panglima Awang yg fasih berbahasa Melayu (lingua franca masa itu) telah dilantik sebagai jurubahasa. Walaubagaimanpun Megallan dibunuh akibat daripada mencampuri urusan tempatan. Dipercayai Panglima Awang telah dilantik sbg kapten Victoria dan berjaya melengkapkn pelayaran balik ke Sepanyol. Namun tidak tercatat dalam sejarah yang digesek oleh eropah berkenaan Panglima Awang. Mungkin juga mereka malu untuk mengakui Melayu itu hebat.



Namun berkaitan dengan Panglima Awang, ramai juga yang mengatakan ia hanya satu lagenda seperti juga Hang Tuah. Tetapi mungkin cerita ini boleh membakar lagi semangat org Melayu untuk bangkit, untuk mengembalikan maruah Melayu di muka bumi. Mungkin crita ini boleh diwarisi hingga ke anak cucu kita nnti. Insyallah....